Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

DAP Ada Penyakit ‘Gatal...

KUALA LUMPUR - Sikap pemimpin DAP yang berterusan suka menyerang Presiden Pas, Datuk...

Orang Asli Tidak Ketinggalan...

SUNGAI SIPUT - Meskipun tinggal di kawasan terpencil, penduduk Orang Asli Pos Poi...

Ramai Pembeli Senjata Tanpa...

LUMUT – Polis daerah Manjung percaya lebih ramai pembeli senjata tanpa lesen akan...

Hentakan Objek Tumpul Di...

Johor Bahru : Polis mengesahkan punca kematian kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai...

Presiden Filipina Bidas China

MANILA – Presiden Fili­pina, Rodrigo Duterte menggesa China mengawal tingkah laku di Laut China Selatan dalam kritikan yang jarang dibuat ke atas kuasa besar Asia berkenaan berhubung program pembinaan pulau oleh Beijing.

“Anda tidak boleh mencipta sebuah pulau. Pulau itu buatan manusia dan anda pula berkata bahawa ruang udara di atas pulau buatan manusia itu adalah hak anda,” kata Duterte menurut transkrip yang disiarkan oleh Istana Presiden semalam.

“Perbuatan ini salah kerana perairan tersebut (Laut China Selatan) dianggap sebagai laut antarabangsa dan hak laluan adalah terjamin,” katanya.

Bagaimanapun, Duterte menambah, beliau tidak mahu ‘berkelahi’ dengan China.

Kenyataan beliau menyusul selepas dakwaan pada Mei lalu bahawa China mengancam pa­sukan tentera Filipina di sebuah kawasan lain di Laut China Selatan.


Penasihat keselamatan Duterte, Hermogenes Esperon memberitahu wartawan ketika itu bahawa Filipina akan melancarkan perang ‘jika rakyat kami di situ dicederakan’.

Pada Mei lalu, China mendaratkan beberapa pesawat tempur termasuk jet pengebom jarak jauh yang berupaya membawa senjata nuklear, H-6K di sebuah pulau lain di Laut China Selatan buat kali pertama sekali gus menimbulkan kebimbangan masyarakat antarabangsa.

Selain China dan Filipina, sebahagian Laut China Selatan turut dituntut oleh Brunei, Malaysia, Taiwan dan Vietnam. – AFP/KOSMO ONLINE

Kategori