Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Tanah Runtuh: Seorang Mangsa...

KUALA LUMPUR: Seorang penduduk di rumah teres yang tertimbus akibat kejadian tanah runtuh...

Pameran Khas Imbau Lawatan...

KUALA LUMPUR - Satu pameran bertajuk "Air Mata Gaza Satu Perjuangan" diadakan di...

Kapal MT Jaoquim Kembali...

SEBUAH kapal tangki milik Singapura, MT Jaoquim yang dilaporkan hilang semalam di perairan...

Pemilihan PAS: Jaga Emosi...

KUALA LUMPUR - Calon yang bertanding pada pemilihan PAS diminta menjaga emosi dan...

‘Pre-Mix’ Beri Sajian Ala Malaysia Kepada Jemaah Haji

MAKKAH – Pengenalan rempah-ratus ‘pre-mix’ atau pracampuran untuk sajian makanan jemaah haji yang dibawa khas dari Malaysia pada tahun ini bakal memberikan satu pengalaman baharu dalam menikmati sajian di Tanah Suci.

Pengarah Operasi Katering Tabung Haji Adly Mohamed berkata bagi tahun ini, Tabung Haji (TH) telah membawa rempah-ratus ‘pre-mix’ yang telah disediakan awal oleh syarikat-syarikat di bawah FAMA di Malaysia.

“Dengan rempah-ratus pre-mix ini, kita dapat memendekkan masa untuk memasak kerana kita tidak perlu melakukan kerja-kerja seperti menggoreng bawang atau menumis bahan-bahan lain untuk memasak. Ia (pre-mix) seperti menyediakan mi segera, hanya perlu tambah air.

“Dalam penyediaan masakan, kita perlu memastikan proses itu lengkap, bersih dan cepat bagi mengelak makanan tersebut tercemar. Paling penting, menepati cita rasa rakyat Malaysia,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Katanya penyelidikan dan pembangunan (R&D) rempah-ratus pre-mix ini telah dijalankan tiga tahun lepas dan mula dilaksanakan sebagai projek perintis pada 2017 sebelum dilaksanakan sepenuhnya tahun ini.

Berikutan penggunaan rempah-ratus pre-mix ini, beliau berkata tukang masak di Tanah Suci dapat menyediakan hidangan yang mempunyai rasa yang hampir sama dengan sajian masakan di Malaysia untuk para jemaah.

Beliau berkata 28 menu berbeza disediakan untuk hidangan jemaah haji di Makkah manakala di Madinah, 14 menu hidangan akan disajikan kepada jemaah secara giliran.

Jemaah juga dinasihatkan untuk mengikuti panduan masa untuk memakan hidangan yang diberikan seperti yang tertera pada penutup bungkusan makanan bagi mengelak risiko keracunan.

“Pada penutup bekas makanan, tertera peringatan ‘baik untuk dimakan dalam tempoh dua jam selepas diedarkan’. Jadi makanlah secepat mungkin kerana kita ingin memastikan kualiti makanan itu tidak tercemar,” katanya


Bagi penyediaan makanan di Tanah Suci tahun ini, Adly berkata TH membawa 24 tukang masak dari Malaysia yang dipilih berdasarkan pengalaman mereka dalam bidang masakan daripada ratusan permohonan yang diterima.

“Proses memasak di sini bukanlah semudah seperti memasak di Malaysia. Di sini, kita memasak untuk 30,200 jemaah haji Malaysia untuk setiap waktu hidangan, tengah hari dan malam,” katanya.

Pihak katering juga menyediakan label yang berbeza untuk setiap waktu hidangan, iaitu label merah untuk makan tengah hari dan biru untuk makan malam, bagi mengelak jemaah termakan makanan yang telah lama dimasak.

“Dalam penjagaan kualiti makanan, aspek yang paling penting adalah ‘food safety’ (keselamatan makanan). Justeru, TH telah meletakkan unit katering ini di bawah pemantauan Unit Khidmat Luar dan Unit Kesihatan Awam di bawah rombongan perubatan.

“Di Madinah, kita ada lima buah dapur yang akan menyediakan juadah bagi lapan bangunan penginapan jemaah manakala di Makkah kita mempunyai lapan buah dapur untuk 18 bangunan penginapan,” katanya. – BERNAMA

Kategori