• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilihan PAS: Jaga Emosi Ketika Berkempen – Dr Dzulkefly

oleh Ahmad Albab
02/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Calon yang bertanding pada pemilihan PAS diminta menjaga emosi dan tidak melakukan perkara yang boleh memburukkan imej parti dalam kempen mereka, kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata para perwakilan pula diharap membuat keputusan bijak dalam memilih barisan pimpinan baharu menjelang Muktamar PAS yang dijangka berlangsung awal Jun ini.

“Saya sebagai pimpinan PAS Pusat sangat positif bahawa perwakilan akan bijak membuat pemilihan kerana mereka menilai kami (jika dicalonkan) berdasarkan kesungguhan dan pengorbanan kami, bukan hanya berdasarkan cakap-cakap,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PAS di sini, hari ini.

Katanya, tumpuan utama kini adalah memperkukuhkan parti dengan barisan pimpinan baharu untuk berdepan dengan pilihan raya umum akan datang.

Semua PAS bahagian diberi masa mengadakan mesyuarat agung tahunan bermula 1 Mac sehingga 21 April ini dan seterusnya membuat pencalonan bagi 27 jawatan peringkat pusat kepada Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat bagi sesi 2015/2017.

Sementara itu anggota Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berkata memang wujud perbezaan pendapat dalam parti itu menjelang musim pemilihan dan menganggap perkara itu sebagai ‘friendly game’ atau perlawanan persahabatan antara semua pimpinan.

“Kadang kala dalam perlawanan persahabatan pun ada yang main kasar biasalah …tapi tiada apa yang perlu dibimbangkan,” katanya.

Terdahulu dalam sidang media, Mohamed Hanipa yang juga peguam PAS berkata portal milik parti itu, Harakahdaily bersedia ke mahkamah sekiranya disaman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, menyerahkan surat tuntutan undang-undang kepada Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop pada Khamis lepas sebagai mengambil tindakan undang-undang atas kapasiti peribadi kerana didakwa memfitnah beliau dalam laporan bertajuk, ‘Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?’. – BERNAMA

Tags: PAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd