Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Manipulasi Nama Untuk Tipu,...

Melalui laman sosial Facebook semalam, Ustaz Kazim Elias mengeluarkan amaran kepada orang ramai...

APMM Labuan Rampas Kapal...

LABUAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan merampas sebuah kapal tunda kerana...

405 Pelajar Terima Bantuan...

ASAJAYA - Seramai 405 pelajar Tingkatan Satu hingga Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Sadong...

Akibat Jawab HP Di...

GARA-GARA mahu menjawab telefon bimbit yang berdering ketika sedang mengisi minyak, seorang gadis...

Pameran Khas Imbau Lawatan Najib Ke Bumi Gaza

KUALA LUMPUR – Satu pameran bertajuk “Air Mata Gaza Satu Perjuangan” diadakan di tingkat tiga di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 yang berlangsung sejak semalam hingga Sabtu depan.

Program berkenaan mengimbau kembali lawatan kemanusiaan sehari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ke Gaza pada 22 Januari lepas.

Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira pukul 10.40 pagi waktu Gaza disambut oleh Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh.

Pameran itu dianjurkan oleh Institut Wasatiyyah Malaysia.

Lokasi pameran berkenaan menjadi tumpuan para jurugambar yang berlegar-legar di sekitar PWTC mencari bahan menarik untuk laporan berita mereka.

Ia memaparkan gambar-gambar lawatan kemanusiaan sehari Najib berkenaan ke Gaza dan juga keadaan di bumi Palestin bersama para delegasi Malaysia di bumi Gaza.

Koleksi gambar Perdana Menteri, Najib disambut Perdana Menteri Ismail Haniyeh memeriksa kawalan kehormat anggota polis Palestin setibanya di Gaza pada pameran Air Mata Gaza Satu Perjuangan - Foto MYNEWSHUB.CC
Koleksi gambar Perdana Menteri, Najib disambut Perdana Menteri Ismail Haniyeh memeriksa kawalan kehormat anggota polis Palestin setibanya di Gaza pada pameran Air Mata Gaza Satu Perjuangan – Foto MYNEWSHUB.CC

Selain itu, pameran itu turut memaparkan karikatur yang dihasilkan kartunis-kartunis mengutuk kekejaman rejim Zionis dan bercerita berkenaan penderitaan rakyat Palestin.

Peristiwa Najib dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Al-Aqsa atas sokongan beliau dan sumbangannya terhadap perjuangan warga Palestin.

Dalam ucapan penerimaannya, beliau melahirkan rasa terharu dan berbesar hati menerima ijazah kehormat itu bagi pihak kerajaan dan Malaysia.


Najib berkata rakyat Malaysia sentiasa menawarkan sumbangan dan memberikan apa yang termampu untuk membantu penduduk Gaza kerana warga Palestin yang sering menjadi mangsa keganasan itu amat dekat di hati mereka.

Selain pameran berkenaan, PWTC dilihat begitu bermaya dengan kehadiran lebih 5,000 orang perwakilan UMNO dari seluruh negara setiap setahun sekali berhimpun besar-besaran membincangkan perihal parti.

Suasana meriah dan hidup di sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini apabila berlangsung Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang bermula semalam sehingga Sabtu depan. - Foto MYNEWSHUB.CC
Suasana meriah dan hidup di sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini apabila berlangsung Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang bermula semalam sehingga Sabtu depan. – Foto MYNEWSHUB.CC

Untuk bergerak di sekitar tingkat di PWTC, begitu sesak dengan para perwakilan yang mengambil kesempatan berjalan dan bersiar-siar meninjau gerai-gerai jualan yang turut diwujudkan di lokasi perhimpunan.

Bagi para perwakilan, mereka turut boleh membeli gambar yang dirakamkan oleh para jurugambar rasmi UMNO untuk dibawa pulang sebagai kenangan hanya dengan harga RM4 sekeping.

Gambar-gambar sekitar Perhimpunan Agung UMNO 2014  yang dijual dengan harga RM4 sekeping dan berharga RM10 jika membeli tiga keping. - Foto MYNEWSHUB.CC
Gambar-gambar sekitar Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang dijual dengan harga RM4 sekeping dan berharga RM10 jika membeli tiga keping. – Foto MYNEWSHUB.CC

Jika dibeli tiga keping, semuanya hanya berharga RM10 sahaja.

Hari ini berlangsung Perhimpunan Agung tiga sayap UMNO iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri selepas ia dirasmikan oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori