Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Malaysia, Singapura Kongsi Teknologi...

PUTRAJAYA - Malaysia dan Singapura bersetuju untuk berkongsi teknologi dan mencari jalan bagi...

Shaqiri Sah Milik Liverpool

LIVERPOOL mengesahkan sudah memuktamadkan rundingan dengan Xherdan Shaqiri dari Stoke City. Rundingan antara Stoke...

Mahkamah Turki Bebas 31...

ANKARA - Mahkamah di sini, semalam, mengeluarkan arahan pembebasan 31 pekerja pembinaan yang...

Malaysia Di Antara Negara...

Malaysia merupakan di antara negara paling teruk untuk bekerja seperti mana senarai yang...

PPS Perlu Diwujudkan Semula

GEORGE TOWN – Pasukan Peronda Sukarela (PPS) perlu dihidupkan semula di negeri ini bagi memberi bantuan segera dalam sebarang bencana, kata Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh.

Beliau berkata penubuhan PPS amat penting dalam menjadikan pasukan itu sebagai satu medium untuk menyalurkan pertolongan segera kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana seperti banjir.

Sebelum ini, ada 9,000 anggota PPS yang sudah dilatih menjadi komuniti rapi tetapi pasukan itu terbubar apabila dibawa ke mahkamah oleh Kementerian Dalam Negeri ketika Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional, katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan (BN-Sungai Dua) Muhamad Yusoff Mohd Noor yang mencadangkan Kerajaan Negeri mewujudkan pasukan sukarelawan bagi membantu ketika banjir.

Phee berkata PPS amat penting dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sememangnya mahukan pasukan peronda berkenaan dan jika mendapat kebenaran, Kerajaan Negeri ingin menubuhkannya semula secepat mungkin.

Bagaimanapun, hasrat itu belum dapat dilaksanakan kerana kes PPS telah dibawa ke mahkamah dan sehingga sekarang belum ada keputusan di peringkat Mahkamah Persekutuan, katanya.


Kes itu kini dalam peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan selepas mahkamah paling tinggi itu membenarkan Kerajaan Persekutuan ketika itu untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan PPS ditubuhkan secara sah oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pada 28 Mac tahun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat mengisytiharkan PPS ditubuhkan secara sah selepas membenarkan rayuan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 22 Nov, 2016 yang memutuskan PPS sebuah pertubuhan haram kerana tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan.

Kerajaan Negeri pada 27 Jan, 2015, memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar perintah Kementerian Dalam Negeri ketika itu yang mengisytiharkan PPS sebuah pertubuhan haram. – BERNAMA

Kategori