• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pompeo Lawat Malaysia, Jumpa PM Dr Mahathir

oleh Cj Mnh
02/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo akan melakukan lawatan kerja dua hari ke Malaysia mulai hari ini, yang merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini sejak dilantik menyandang jawatan itu pada April tahun ini.

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, esok Pompeo akan mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dilantik semula sebagai Perdana Menteri berikutan kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas.

“Lawatan ini memberi kesempatan yang luas kepada kedua-dua negara, Malaysia dan Amerika Syarikat untuk mengadakan perbincangan meluas mengenai pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa di mana kedua-dua negara mempunyai kepentingan bersama,” kata Wisma Putra.

Selain Kuala Lumpur, Pompeo juga dijadual melawat Singapura dan Indonesia dalam rangka lawatan beliau ke Asia Tenggara pada 1-5 Ogos.

Amerika Syarikat telah menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia pada 1957 selepas Malaysia memperoleh kemerdekaan daripada United Kingdom.

Washington dan Kuala Lumpur telah meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada Perkongsian Komprehensif pada April 2014, dan kedua-duanya kini melaksanakan perkongsian yang meluas dan pelbagai dalam bidang-bidang perdagangan, pelaburan, keselamatan, kerjasama alam sekitar selain bidang pendidikan dan kebudayaan. – BERNAMA

Tags: lawatanMike Pompeo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Mahkamah Persekutuan Hanya Kerana DUN Kelantan Langkau Bidang Kuasanya – JKSM

KPN Buat Lawatan Mengejut Ke IPD Kajang

11/02/2024
0

PETALING JAYA: Berpegang kepada prinsip kepimpinan melalui teladan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain turun padang melakukan tinjauan bagi...

Lawatan TMJ Ke Singapura Perkukuh Ekonomi Johor

Lawatan TMJ Ke Singapura Perkukuh Ekonomi Johor

14/07/2023
0

  Sudah bebeberapa hari berlalu sejak Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che' Puan Khaleeda Bustamam mengadakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd