• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Satun Bebas 4 Nelayan Langkawi

oleh Cj Mnh
21/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Polis wilayah Satun telah membebaskan dan menghantar pulang empat nelayan Langkawi yang didakwa diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Pulau Langgun, berhampiran pulau pelancongan itu.

Ketuanya Mej Jen Suphawat Tapkiew berkata kesemua nelayan itu dibebaskan di jeti feri Tammalang Satun kira-kira 11 ​​malam (waktu tempatan) semalam untuk kembali ke Langkawi.

“Empat nelayan Malaysia itu dibebaskan selaras persetujuan selepas perbincangan antara pihak berkuasa yang berkaitan dari Thailand dan Malaysia untuk mencari penyelesaian,” katanya kepada Bernama hari ini, sambil menambah bahawa perbincangan semalam dipengerusikan Gabenor Satun Pattarapon Rattanapichetchai.

Bernama difahamkan bahawa perbincangan itu juga melibatkan pegawai dari pejabat Konsulat Jeneral Malaysia yang berpangkalan di Songkla.

Beliau berkata pihaknya menjangka tiga pegawai polis Thai dan timbalan ketua kampung yang kini sedang ditahan pihak berkuasa Malaysia akan dibebaskan dan kembali ke negara itu tidak lama lagi sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dicapai untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kesemua tiga pegawai polis itu bertugas di Balai Polis Mueng di Satun, katanya sambil menambah kesemua empat nelayan Malaysia itu dibebaskan setelah kenyataan mereka diambil.

Suphawat yakin semua masalah akan selesai sebaik tiga pegawai polis Thailand bersama timbalan ketua kampung bebas dan kembali ke pangkuan anggota keluarga.

Menurut media, Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi telah menyelamatkan sekumpulan nelayan tempatan yang ditawan, dirompak dan diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali berhampiran Pulau Langgun, Langkawi, dua hari lepas.

Ketua Polis Kedah Datuk Zainal Abidin Kasim berkata PPM menerima maklumat bahawa nelayan di perairan Teluk Palam dihampiri sekumpulan lelaki bersenjata sebelum diarahkan untuk memasuki perairan negara jiran pada 8.33 pagi.

Bertindak atas maklumat itu, PPM kemudian melancarkan operasi menyelamat yang menemukan dua perahu milik kumpulan bersenjata itu bersama empat lelaki warga Thailand.

Pada pertemuan semalam, Suphawat berkata pegawai Malaysia mencadangkan agar pihak berkuasa Thailand menulis surat rasmi memohon pembebasan warganya yang ditahan untuk kembali ke Thailand.

Pegawai Malaysia terlibat, katanya akan membantu mempercepatkan proses penghantaran pulang kesemua empat lelaki Thailand yang sedang ditahan.

Beliau berkata pihaknya akan meneruskan siasatan dan menggantung tujuh anggota polisnya, termasuk tiga yang kini ditahan pihak berkuasa Malaysia, kerana didakwa terlibat dalam rompakan berhampiran Pulau Langgun, Langkawi.

Ketiga-tiga anggota polis itu dan timbalan ketua kampung terlibat ditahan di Kedah manakala senjata api mereka turut dirampas.

“Semuanya akan dilaksanakan mengikut undang-undang, jika mereka (anggota polis Thailand) tidak melakukan sebarang kesalahana, mereka akan kembali bertugas. Proses ini akan mengambil masa kerana ia adalah isu sensitif,” katanya. – BERNAMA

Tags: bebasNelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Yasin Dibebaskan Penjara Seumur Hidup, 16 Sebatan. Diperintah Kembali Ke Hospital Bahagia

Yasin Dibebaskan Penjara Seumur Hidup, 16 Sebatan. Diperintah Kembali Ke Hospital Bahagia

28/04/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan komposer dan penyanyi Yasin Sulaiman serta memerintahkannya kembali ditempatkan di Hospital Bahagia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd