• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Terlupa Majlis Penasihat Kerajaan Cuma 100 Hari?

oleh
16/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad mungkin terlupa tentang penjelasannya mengenai pembentukan Majlis Penasihat Kerajaan sebelum ini.

Mahathir pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada 12 Mei lalu menjelaskan kewujudan Majlis Penasihat Kerajaan hanya untuk tempoh 100 hari.

Perkara itu diingatkan oleh mantan Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff dalam satu kenyataan di Facebook.

Kamarul memuat naik petikan kenyataan yang pernah dibuat oleh Mahathir mengenai Majlis Penasihat Kerajaan yang dianggotai bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin seperti berikut:

“Tempoh jangka masa kewujudan majlis ini adalah 100 hari sahaja,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), hari ini. (TUN DR MAHATHIR: 12 MEI 2018)

Media bagaimanapun melaporkan Mahathir hari ini mempertahankan fungsi dan kewujudan Majlis Penasihat Kerajaan meskipun tempoh 100 hari telah berlalu.

“Saya tidak pernah kata Majlis Penasihat Kerajaan akan dibubarkan selepas tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan. Saya juga tidak membuat apa-apa keputusan.”

Mahathir dilaporkan berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Perasmian hospital pakar swasta Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) hari ini. – MYNEWSHUB.TV

Tags: Dr. Kamarul Zaman Yusoff
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Takut Kalah, PH Dalih Marah Mengundi Hari Rabu

10/04/2018
0

AKHIRNYA saat yang ditunggu oleh semua pihak, iaitu pengumuman rasmi tarikh penamaan calon dan pengundian untuk Pilihan Raya Umum (PRU)...

6 `Point’ Bukan Melayu Bakal Dominasi Kerajaan PH

09/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Malaysia bakal diperintah oleh sebuah gabungan parti politik yang didominasi oleh bukan Melayu jika Pakatan Harapan menang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd