• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 `Point’ Bukan Melayu Bakal Dominasi Kerajaan PH

oleh AK-47
09/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia bakal diperintah oleh sebuah gabungan parti politik yang didominasi oleh bukan Melayu jika Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, pertama parti politik Melayu dalam Pakatan Harapan berpecah kepada tiga iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Tiada mana-mana parti politik (majoriti) Melayu yang akan menjadi dominan dalam Pakatan Harapan, sebaliknya yang akan menjadi dominan adalah parti politik bukan Melayu.

“Ini kerana parti politik Melayu dalam Pakatan Harapan berpecah tiga berbanding hanya ada satu sahaja parti politik bukan Melayu iaitu DAP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamarul berkata, kedua Manifesto PRU14 Pakatan Harapan adalah bayangan falsafah politik DAP iaitu Malaysian Malaysia yang mementingkan aspek meritokrasi dan kesamarataan sekali gus bakal mencairkan penguasaan politik Melayu.

Kata beliau, ketiga manifesto PRU14 Pakatan Harapan cuba menghakis kuasa Yang di-Pertuan Agong selaku benteng kuasa politik Melayu dengan menjadikan kuasa pelantikan pegawai tertinggi kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya dikuasai parti politik.

Tambah beliau, keempat manifesto PRU 14 Pakatan Harapan akan membenarkan agenda DAP membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya berdasarkan prinsip satu orang satu undi sekali gus melipatgandakan kerusi bandar berbanding kerusi luar bandar.

“Kelima dalam jangka panjang, Kerajaan Pakatan Harapan yang didominasi DAP akan membuka jalan kepada bukan Melayu menjadi Perdana Menteri selaras dengan kenyataan Lim Guan Eng di Singapura pada 10 Disember 2014 jika Perlembagaan Persekutuan kekal maka bukan Melayu boleh jadi Perdana Menteri.

“Keenam rekod Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tidak baik dengan Raja-Raja Melayu sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri malah sehingga sekarang pun beliau menghadapi masalah dengan Sultan Kelantan, Sultan Johor dan Sultan Selangor menjadikan sukar untuk Pakatan Harapan menghormati Raja-Raja Melayu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Dr. Kamarul Zaman Yusoff
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Terlupa Majlis Penasihat Kerajaan Cuma 100 Hari?

16/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad mungkin terlupa tentang penjelasannya mengenai pembentukan...

Takut Kalah, PH Dalih Marah Mengundi Hari Rabu

10/04/2018
0

AKHIRNYA saat yang ditunggu oleh semua pihak, iaitu pengumuman rasmi tarikh penamaan calon dan pengundian untuk Pilihan Raya Umum (PRU)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd