• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pil Kuda Bernilai RM24,000 Dirampas, 5 Lelaki Ditahan

oleh Ahmad Albab
20/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Polis merampas dadah dipercayai pil kuda atau wy bernilai RM24,000 dalam sebuah kereta bersama lima lelaki di Jalan Bagan Luar, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata sepasukan polis yang sedang menjalankan ronda cegah jenayah di kawasan itu telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah kereta dinaiki lima lelaki berumur 19 hingga 32 tahun kerana berada dalam keadaan mencurigakan.

“Dalam pemeriksaan pada 4.30 pagi itu, polis menemukan lapan peket plastik warna biru berisi 1,600 biji pil disyaki pil kuda dan berdasarkan siasatan dipercayai mereka berada di situ untuk menghantar bekalan dadah tersebut kepada pembeli,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan mereka mendapatkan bekalan daripada sindiket pengedaran dadah sebelum menjual semula kepada pelanggan di sekitar daerah SPU dan Seberang Perai Tengah (SPT).

Katanya lima lelaki yang positif dadah itu dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah sejak beberapa bulan lepas dan mampu mengaut keuntungan ribuan ringgit.

Noorzainy berkata lima lelaki yang masing-masing bekerja sendiri serta tidak bekerja itu kini direman enam hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah SPT ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis menahan tiga lelaki berumur 23 hingga 33 tahun di Kampung Tasek Junjong, Machang Bubok di Bukit Mertajam kerana terlibat dalam kegiatan menjual air ketum di sekitar daerah itu.

Katanya bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan polis telah menyerbu sebuah rumah di Kampung Tasek Junjong, kira-kira 6 petang semalam dan menahan tiga lelaki itu.

“Polis menemukan lima bungkusan air ketum bernilai RM30 dalam bakul motosikal seorang daripada lelaki itu, yang dipercayai mendapatkan bekalan air ketum itu daripada rakannya di situ dan mahu menghantar kepada pembeli.

“Mereka menjadikan rumah itu sebagai lokasi memasak air ketum sebelum membungkus dan menjual kepada pembeli dengan harga RM6, semasa serbuan tersebut sebahagian besar air ketum itu telah dijual kepada pembeli,” katanya.

Beliau berkata tiga lelaki yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah itu kini direman untuk siasatan lanjut dan mereka dipercayai terlibat dalam kegiatan itu sejak tiga bulan lepas. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: pil kudapolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd