• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PIBG SMJK Chung Hwa Mahu Kilang Ais Dipindahkan

oleh
16/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Persatuan Ibu bapa dan Guru Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Klang mahu kilang ais bersebelahan sekolah itu yang mengalami kebocoran gas ammonia buat kali kedua minggu ini, dipindahkan ke lokasi lain yang jauh dari kawasan perumahan dan sekolah.

Pengerusinya Tan Lian Hee berkata langkah itu penting bagi menjamin keselamatan dan keselesaan kira-kira 1,435 pelajar dan 100 warga kerja sekolah berkenaan.

“Kami (persatuan) juga bercadang mahu membuat laporan polis supaya tindakan tegas diambil terhadap kilang tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di sekolah berkenaan, di sini hari ini.

Dalam kejadian pagi tadi, sekolah itu terpaksa ditutup selepas sekali lagi berlaku kebocoran gas ammonia di kilang ais terbabit.

Menurut Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Khalid Ibrahim, tujuh pelajar sekolah itu dikejarkan ke dua hospital berasingan selepas mengadu sakit tekak dan sesak nafas.

Mereka kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Pada Isnin lepas, kebocoran gas ammonia di kilang tersebut menyebabkan dua pekerjanya maut sementara 18 lagi dikejarkan ke hospital. Kejadian itu merupakan yang kedua di kilang berkenaan selepas kejadian pertama dua tahun lepas, namun tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Shah Alam, Yusri Basri memuji tindakan pantas guru sekolah berkenaan yang mengarahkan semua pelajar keluar dari kawasan sekolah sebaik sahaja terhidu bau kurang menyenangkan akibat gas tersebut.

“Kerja-kerja menyahcemar sedang dilakukan dan kini bacaan kandungan gas ammonia dalam udara di dalam kilang adalah pada bacaaan dua ppm dan di kawasan sekolah sifar ppm. Pihak bomba telah memberitahu sekolah bahawa keadaan adalah selamat untuk sekolah ini dibuka bagi pembelajaran sesi petang,” katanya.

Yusri berkata pihaknya akan menempatkan pasukan bomba di kawasan kilang berkenaan sebagai persediaan sekiranya berlaku kebocoran sekali lagi.

“Melalui pemantauan kami semalam, kilang ini memang tidak beroperasi dan hanya kerja-kerja penyelenggaraan sahaja dijalankan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh pemilik kilang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Gas Ammonia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Elak Lakukan Pembakaran Terbuka – Bomba

Next Post

Fazrul Sham Optimis Bangkit Di Temerloh

Related Posts

Tragedi 3 Maut Dalam Lubang Pembetung: Mangsa Dipercayai Terhidu Gas Ammonia

Tragedi 3 Maut Dalam Lubang Pembetung: Mangsa Dipercayai Terhidu Gas Ammonia

20/12/2022
1

PUTRAJAYA: Tiga pekerja pemasangan kabel telekomunikasi yang maut dalam lubang pembetung kabel bawah tanah di Taman Sains Selangor 2, Cyberjaya,...

Gas Ammonia Kilang Proses Ayam Bocor

02/02/2022
0

TANJONG KARANG : Seramai 463 pekerja sebuah kilang memproses ayam di Bagan Tengkorak di sini terselamat selepas berlaku kebocoran gas...

Next Post

Fazrul Sham Optimis Bangkit Di Temerloh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd