• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pulau Pinang Mahu Bina Lapangan Terbang Baharu

oleh
06/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pulau Pinang bakal menerima sebuah terminal tambang rendah (LCCT) di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) di Bayan Lepas berikutan lapangan terbang itu telah melangkaui kapasiti maksimumnya tahun lepas.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata ini juga susulan hasil perbincangan yang positif di antara Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan AirAsia.

“Kami hampir pasti membangunkan LCCT di Pulau Pinang berikutan perbincangan yang agak positif di antara MAHB dan AirAsia. Kami akan menggunakan kerangka kerja yang agak berbeza dalam pembinaan LCCT di sini,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata pembinaan LCCT di Pulau Pinang akan menggunakan konsep Perkongsian Awam Swasta Profesional dan Rakyat (PPPP) yang membolehkan AirAsia membina dan menanggung sendiri kos pembiayaan terminal baharu itu.

“Kami boleh besarkan lagi lapangan terbang sedia ada namun dari mana hendak dapatkan dana? Atas sebab itulah kami menimbang LCCT, agar kami boleh capai volum dan juga mereka yang sanggup melabur,” katanya.

Baru-baru ini Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandez dilaporkan menyuarakan hasrat untuk membina LCCT tersebut semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Chow Kon Yew.

Sementara itu, Lim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Air Putih, berkata kerajaan persekutuan dan MAHB berdepan kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan bagi memperbesarkan PIA, sekali gus mendorong kerajaan menimbang kerangka kerja PPPP.

“Kami merancang untuk menggunakan konsep sama bagi pembinaan Pelabuhan Pulau Pinang dan kami harap kesemua projek ini akan berjalan lancar,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan PIA yang direka untuk menampung 6.5 juta penumpang setahun merekodkan pengendalian 7.2 juta penumpang tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd