• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Menang PRU-14 Kerana Undi Melayu Berpecah

oleh Ahmad Albab
12/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAKATAN Harapan (PH) perlu berhati-hati supaya PAS dan UMNO tidak bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kata pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, kerjasama antara UMNO dan PAS boleh mengalahkan PH dalam PRU-15.

Jelas beliau, PH tidak mendapat banyak undi Melayu untuk menang PRU-14 pada 9 Mei lalu.

Sebaliknya, PH menang PRU-14 kerana pertandingan tiga penjuru menyebabkan undi Melayu berpecah.

Berikut transkrip ucapan Rafizi mengenai perkara itu dalam “Program Penerangan Reformasi 20 Tahun Bersama Saudara Rafizi Ramli” di Negeri Sembilan pada 11 Ogos 2018.

Transkrip ucapan Rafizi ini dimuat naik oleh mantan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia ( Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Yusoff di laman Facebook beliau hari ini:

“Jangan ambil mudah kemenangan di Negeri Sembilan, jangan ambil mudah kemenangan di Putrajaya. Kita semua tahu bahawa kita tidak menang undi Melayu yang besar. PRU 14 dulu orang tak percaya bahawa kemenangan tiga penjuru akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan, kami aje yang betul-betul percaya. Yang lain kata, “lebih baik bersama dengan PAS, elakkan tiga penjuru, kalau tiga penjuru Selangor semua kalah”. Kami saja yang kata tiga penjuru sebenarnya baik sebab undi Melayu yang cenderung kepada soal Melayu, perkauman dan lain-lain akan berpecah.”

“Baik, ya, UMNO dengan PAS tak bodoh. Dia dah tahu bahawa pertandingan tiga penjuru dalam PRU 14 lepas beri kemenangan kepada Pakatan Harapan dalam keadaan undi Melayu itu tidak banyak berpihak kepada Pakatan Harapan. Parti mana pun, BERSATU-kah KeADILan-kah, AMANAH-kah, tak dapat banyak undi Melayu. Jangan kita lupa perkara itu.”

“Maknanya, dalam tiga empat tahun akan datang, kalau kita tidak berhati-hati, UMNO dan PAS memang akan betul-betul pinang-meminang dan berkahwin, PRU 15, kalau kita masuk satu lawan satu lawan UMNO-PAS dalam keadaan kita mengabaikan akar umbi dan tidak sensitif dengan permintaan rakyat yang atas pagar dulu, kita boleh kalah.” – MYNEWSHUB.TV

Tags: pakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd