• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Guna Duit GST ‘Hilang’ 3 Bulan – Najib

oleh
10/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MISTERI RM18 bilion kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang hilang konon dituduh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ‘dirompak’ Barisan Nasional (BN) terdahulu kini semakin panas.

Selepas Khairy Jamaluddin lapor polis dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Siregar pula buat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak tampil bersuara.

Mantan perdana menteri yang juga merupakan bekas menteri kewangan tersebut membuat kenyataan yang panjang menerusi laman sosial Facebooknya pada Jumaat bagi mendedahkan misteri kehilangan wang hasil GST tersebut.

Najib bukan sahaja menafikan tohmahan jahat Guan Eng konon kerajaan BN pimpinannya dulu ‘rompak’ duit itu sebagai tidak berasas sama sekali, malah dakwa ia mungkin habis digunakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pentadbiran Malaysia baharu itu dikatakan sudah membelanjakan duit tersebut untuk membayar pelbagai perkara setelah kehilangan sumber pendapatan selama tiga bulan akibat sifar GST mulai 1 Jun lalu sehingga 31 Ogos ini.

Guan Eng setelah gagal jawab soalan Khairy, sengaja bangkit isu panas itu di Dewan Rakyat kelmarin; dengan dakwa konon BN ‘rompak’ RM18 bilion menyebabkan dana kini tinggal RM1.4 bilion walhal sepatutnya ada RM19.4 bilion.

BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH NAJIB:

Tuduhan Lim Guan Eng kononnya BN merompak RM18 bilion daripada wang tuntutan GST adalah tidak berasas sama sekali. Sekali lagi ia adalah kenyataan politik yang tidak benar.

Ia sama seperti bagaimana Guan Eng membisu dan tidak berani beri jawapan kepada syarikat paip gas milik kerajaan China yang membuat kenyataan global bahawa Guan Eng dan Tony Pua menipu dan cuba memfitnah mereka dengan mendakwa syarikat itu berpakat dengan kerajaan BN dalam ‘penggubahan wang haram.’

Sebagaimana kutipan cukai dan pendapatan lain, kesemua kutipan GST dibayar terus ke dalam Kumpulan Wang Amanah Disatukan kerajaan.

Dari situ, dana dibayar ke dalam akaun amanah tuntutan GST setiap bulan bagi memenuhi keperluan pembayaran tuntutan secara berterusan.

Ini dibenarkan oleh undang-undang dan memenuhi peruntukan Akta GST 2014, yang dibentangkan di Parlimen di mana pemimpin PH juga hadir termasuk Guan Eng sendiri, maka sudah tentu beliau tahu.

Justeru, tiada wang atau dana ‘dirompak’ kerana kutipan wang GST semua dimasukkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Amanah Disatukan.

Di bawah sistem GST, pemilik perniagaan boleh menuntut cukai input GST mereka apabila mereka membuat jualan, mengutip GST daripada pengguna akhir dan membayar GST yang dikutip kepada kerajaan.

Apa yang mungkin terjadi ialah, apabila kerajaan PH mensifarkan GST pada 1 Jun 2018, perniagaan boleh menuntut kesemua cukai input GST mereka serta merta menyebabkan semua peniaga meluru untuk buat tuntutan cukai input GST, sama ada mereka membuat jualan atau sebaliknya.

Oleh kerana kerajaan PH kehilangan pendapatan bagi tiga bulan apabila GST disifarkan dan SST belum lagi dilaksanakan, kerajaan PH mungkin sudah membelanjakan wang dalam akaun Kumpulan Wang Amanah Disatukan.

Ia sepatutnya digunakan untuk disalurkan kepada akaun amanah tuntutan GST bagi menampung perbelanjaan bulanan kerajaan.

Akibatnya, kerajaan PH mengalami kesukaran untuk membayar tuntutan-tuntutan GST yang begitu banyak dan dibuat sekali gus dan memerlukan seseorang untuk dipersalahkan.

Sebagaimana biasa, kesalahan itu dituding ke arah kerajaan BN walaupun ia adalah kesilapan kerajaan PH sendiri. Dakwaan kononnya BN ‘merompak’ RM18 bilion wang GST mungkin dapat dimasukkan sekali dengan ‘hutang negara RM1 trilion’.

Ia digunakan sebagai alasan PH untuk tidak melaksanakan janji manifesto mereka, membatalkan atau mengurangkan bantuan kepada rakyat atau membayar tuntutan GST kepada pemilik perniagaan.

Memandangkan laporan polis dan SPRM sudah dibuat dan PAC menyatakan akan buat siasatan terhadap dakwaan ‘rompakan’ RM18 bilion ini, saya bersedia beri kerjasama sepenuhnya sebagai bekas Menteri Kewangan agar kebenaran dapat didedahkan.

Jika dakwaan ini didapati tidak benar, maka Guan Eng telah perdaya Parlimen ketika beliau buat tuduhan serius itu. Apabila itu berlaku, saya amat berharap Speaker Dewan Rakyat tidak lagi melindungi Guan Eng.

Ini kerana dewan yang mulia itu bukanlah tempat atau ruang bagi membuat dakwaan tidak berasas dan tuduhan yang bermotifkan politik. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd