• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PGPF Kecam Kekerasan Israel Terhadap Flotila

oleh
02/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) pada Rabu mengecam tindakan Israel ke atas sukarelawan kapal flotila Al Awda yang dirampas pada Ahad semasa dalam perjalanan ke Gaza.

Dalam lima permintaannya, PGPF yang diasaskan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, antara lain menggesa rejim Israel segera menghentikan semua serangan dan penahanan sukarelawan Freedom Flotilla Coalition (FFC) serta membebaskan mereka tanpa sebarang pendakwaan.

“Pembebasan mereka perlu dipercepatkan memandangkan dunia sedang memerhati. Semua barangan milik sukarelawan termasuk pasport harus dikembalikan tanpa berlengah, selain mempercepatkan penghantaran balik sukarelawan.”

PGPF juga mahukan kumpulan yang ditahan di Penjara Givon Israel turut diberikan nasihat dari aspek undang-undang oleh peguam dan konsul masing-masing di Israel, dan tidak dihalang untuk berjumpa dengan peguam pada bila-bila masa.

Pengerusi PGPF, Tan Sri Norian Mai berkata, walaupun peguam FFC ada bertemu dengan para sukarelawan, namun bila kumpulan itu akan dibebaskan dan dapat kembali ke negara asal masih belum jelas.

Aktivis tunggal Malaysia dari Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Dr. Mohd Afandi Salleh telah dibebaskan dan selamat tiba di Malaysia malam tadi.

Kenyataan beliau berbeza dengan apa yang dinyatakan pihak Israel, para sukarelawan dilayan dengan kekerasan menggunakan senjata renjat dan kayu.

“Dr Ang Swee Chai, pakar bedah ortopedik berpangkalan di London yang mencurah bakti lebih 30 tahun dan menyokong perjuangan Palestin cedera di kepala,” katanya, sambil menambah tentera Israel turut merampas barang-barang dan pasport semua penumpang kapal.

Menurut laporan, kapal Al Awda, dengan 22 sukarelawan dari seluruh dunia membawa bekalan perubatan bernilai RM61,000.

Norian berkata sejak beroperasi 18 tahun lalu, inisiatif FFC adalah bersandarkan kepada kemanusiaan, tiada kekerasan dan semangat perpaduan yang utuh dengan rakyat Gaza.

Pada 2010, Presiden PGPF Dr Mahathir, mencetuskan idea untuk memecahkan kepungan di Gaza melalui inisiatif flotilla.

Pada masa itu Malaysia melalui Pertubuhan Keamanan Global Perdana – PGPO (kini dikenali sebagai PGPF) menaja tiga kapal iaitu MV Rachel Corrie, Challenger 1 dan Challenger 2.

Pada misi 2010, seramai 10 sukarelawan Turki terkorban selepas tentera Israel menyerbu kapal MV Mavi Marmara.

PGPF kemudiannya menghantar satu lagi misi dinamakan MV Spirit of Rachel Corrie pada 2011, turut dihalang oleh Tentera Laut Israel dan terpaksa menukar laluan menuju ke Pelabuhan Al Arish di Mesir. – BERNAMA

Tags: flotila
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Kutuk Rayer Cakap Kepala Bapak Di Parlimen

Next Post

Garis Panduan Solat Ketika Waktu Kerja Pada Fasa Akhir

Related Posts

Tentera Israel Tawan Kapal Al-Awda Umpama Lanun

01/08/2018
0

KUALA NERUS - "Kami datang secara aman dengan membawa ubat-ubatan yang sangat kritikal keperluannya di Gaza, malangnya ia gagal disampaikan...

Rakyat Malaysia Bebas Jel Israel Tiba Di Tanah Air

01/08/2018
0

SEPANG – Wakil tunggal sukarelawan Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh yang ditahan tentera Israel di Penjara Givon, berasa...

Next Post

Garis Panduan Solat Ketika Waktu Kerja Pada Fasa Akhir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd