• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PERKESO Kompaun 14 Majikan Di Keningau

oleh Cj Mnh
13/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENINGAU – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Keningau mengenakan kompaun terhadap 14 majikan bernilai RM8,000 kerana melanggar Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Akta Sistem Insuran Pekerjaan 2017 dalam Ops Kesan dijalankan sejak awal bulan ini.

Pengurusnya Rijal Jamalludin berkata sebanyak 13 daripada majikan itu dikenakan kompuan RM500, manakala satu majikan lagi dikompuan RM1,500 kerana gagal mematuhi peraturan dengan melengahkan pendaftaran perusahaan dan pekerja melebihi setahun sebagaimana had ditetapkan.

Rijal berkata kesemua majikan dikenakan kompaun itu merupakan sebahagian daripada 32 premis syarikat diperiksa PERKESO sepanjang operasi tersebut.

“PERKESO tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana syarikat yang sengaja mengabaikan tanggungjawab mereka kepada pekerja. Ini bagi mewujudkan kesejahteraan kepada para pekerja sekali gus memastikan pekerja mendapat perlindungan keselamatan sosial sewajarnya,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata Ops Kesan dijalankan bertujuan mengesan mana-mana majikan di daerah ini yang sengaja melanggar undang-undang ditetapkan.

Operasi yang berlangsung sehingga hujung tahun itu juga akan memastikan setiap syarikat mendaftarkan perusahaan serta pekerja dengan PERKESO, katanya. – BERNAMA

Tags: kompaunPerkeso
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini menjenamakan semula empat skim di bawahnya yang dikenali sebagai LINDUNG dalam langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd