• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Pertimbang Henti Keluar Lesen Pembalakan Baharu

oleh
02/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GERIK – Kerajaan negeri Perak bertekad menghentikan pengeluaran lesen konsesi balak baharu sekiranya perlu bagi memastikan kelestarian alam sekitar kekal terjamin.

Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata menyedari pembalakan merupakan satu daripada sumber kewangan negeri, pihaknya akan berusaha mencari alternatif bagi menggantikan sumber tersebut.

“Kerajaan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) masih lagi bertekad untuk tidak mengeluarkan lesen-lesen baharu namun pada masa sama kita sedar bahawa ia penting untuk menjana pendapatan.

“Kita perlu cari jalan bagaimana untuk buatnya (pembalakan) secara lestari dan jika boleh dihentikan sepenuhnya. Saya cuba seboleh-bolehnya untuk tidak membalak langsung,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Hutan Simpan Royal Belum di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata pihaknya tidak boleh mengambil sebarang tindakan bagi lesen pembalakan yang telah diluluskan.

“Apa yang telah diluluskan sebelum ini kita tidak dapat elakkan kerana apabila (syarikat) pembalak ini telah membayar premium dan sebagainya, kerajaan negeri akan menghadapi masalah kalau kita mengarahkan kerja-kerja pembalakan dihentikan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pembalakan di Perak masih di tahap terkawal berikutan sehingga kini kerajaan negeri hanya menerima satu aduan daripada penduduk Rancangan Penempatan Semula (RPS) Pos Kemar di sini mengenai pencemaran sungai akibat pembalakan.

Sehubungan itu, Ahmad Faizal berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Perhutanan negeri dalam masa terdekat bagi membincangkan lebih mendalam mengenai kegiatan pembalakan di Perak.

Terdahulu ketika berucap di majlis penanaman pokok gaharu dan penyerahan uniform sekolah untuk anak-anak Orang Asli Belum-Temengor, Ahmad Faizal mendedahkan beliau menerima tekanan daripada pelbagai pihak yang mendesaknya untuk menghentikan pembalakan yang diluluskan kerajaan terdahulu.

Namun beliau berkata kerajaan negeri mungkin berhadapan dengan nilai saman yang tinggi sekiranya melaksanakan desakan itu. – BERNAMA

Tags: Pembalakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Didesak Campur Tangan Kes Pembalak Ceroboh

30/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan didesak untuk campur tangan dalam kes pencerobohan pembalak di tanah adat orang asli di Kampung...

Orang Asli Halang Pembalakan Diugut Dengan Senapang

07/03/2019
0

PENDUDUK Orang Asli kaum Temiar di Kampung Tasik Asal Cunex dekat Gerik, Perak hidup dalam ketakutan apabila mereka mendakwa diugut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd