Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Lim Pertikai Kemampuan Kelantan...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini mempertikaikan kemampuan Kerajaan...

BNM Lancar Karnival Kewangan...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini melancarkan Karnival Kewangan Sabah...

PKR Pertahan Wartawan Lapor...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan tindakan wartawan MalaysiaKini, Kow Gah...

Kastam Patah Cubaan Seludup...

SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)...

Penulis Blog PH Perlu Bantu Kerajaan – Khalid

KOTA BHARU – Penulis blog pro Pakatan Harapan (PH) perlu terus menyokong dan membantu dalam menerangkan dasar serta isu semasa membabitkan kerajaan, kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Abdul Samad.

Khalid, yang juga Menteri Wilayah berkata, penulis blog dilihat berada lebih dekat masyarakat yang menggunakan laman sosial untuk mendapatkan berita dengan lebih pantas pada masa kini.

“Dahulu semasa jadi pembangkang penulis blog ini bertujuan untuk mencari kelemahan pengurusan dan pentadbiran (kerajaan terdahulu). Mereka bertindak menulis, menyerang dan mendedahkan kelemahan-kelemahan kerajaan.

“Walaupun sekarang perkara itu masih perlu dilakukan kerana kerajaan kini lebih bersikap terbuka dan sedia mendengar teguran namun dalam masa yang sama kita perlukan penulis blog (pro Pakatan Harapan) untuk membela kita apabila diserang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi dialog bersama penulis blog dan pengamal media sosial Kelantan di sini, hari ini.

​​​​​​​Mengulas lanjut, Khalid berkata penulis blog lebih meyakinkan apabila memberi penerangan berkenaan sesuatu isu yang timbul kerana mereka dilihat sebagai mewakili masyarakat dan bukannya kerajaan.

“Mereka bukan kumpulan berkepentingan… ini yang membezakan media syarikat dengan syarikat media arus perdana ataupun kerajaan,” katanya.


Beliau berkata selepas dipilih rakyat untuk menjadi kerajaan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas, PH kini berdepan pelbagai cabaran besar terutama apabila memperkenalkan dasar baharu.

“Justeru, kita berharap agar penulis-penulis blog ini dapat menyemak dengan kerajaan berkenaan dasar semasa kerajaan sekaligus dapat digunakan untuk membela kita apabila diserang.

“Ini penting bagi memastikan matlamat kita bersama untuk melihat kerajaan hari ini lebih baik daripada kerajaan terdahulu,” katanya. – BERNAMA

Kategori