• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Untung RM29,100 Tipu Pakej Gunung Kinabalu

oleh Ahmad Albab
24/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang penganggur ditahan kerana didakwa menipu orang ramai dengan menawarkan pakej mendaki Gunung Kinabalu sejak awal tahun lalu.

Lelaki berusia 35 tahun dari Lahad Datu itu dikatakan menipu pelancong berjumlah RM29,100.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Habibi Majinji berkata, penahanan dibuat susulan seorang wanita berusia 36 tahun membuat laporan polis mengenai penipuan itu membabitkan dirinya dan tiga rakan.

“Mereka sepatutnya mendaki Gunung Kinabalu pada 21 dan 22 Oktober tahun ini, tetapi bila mereka tiba di kaunter pendaftaran di Taman Kinabalu, mereka diberitahu bahawa nama mereka tidak tersenarai,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Habibi berkata, wanita berkenaan cuba menghantar pesanan teks kepada suspek untuk bertanyakan mengenai perkara itu.

Lelaki itu kemudian menjawab untuk memberi maklum balas kepada mereka kemudian.

Bagaimanapun, mangsa tidak dapat menghubungi lelaki tersebut selepas itu apabila mendapati nombor mereka telah disekat.

“Selepas laporan polis dibuat, kita mendapati terdapat 21 lagi laporan terhadap suspek daripada mangsa-mangsa di Sabah dan Johor,” katanya.

“Kerugian dianggarkan berjumlah RM29,100,” kata Habibi.

Suspek ditahan di kawasan parkir dekat sebuah pasar di Menggatal pada Rabu lalu.

Dia direman selama empat hari sehingga 26 Ogos bagi membantu siasatan. – mStar Online

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kes tipuPenganggur
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Afrika Selatan Tuduh Trump Cuba Timbul Ketegangan Kaum

Next Post

Peranan Doktor Tangani Seks Songsang LGBT, Banteras HIV

Related Posts

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

03/07/2025
0

SHAH ALAM - Seorang penganggur yang berhijrah dari kampung ke Sungai Buloh untuk mencari pekerjaan, didakwa di Mahkamah Majistret di...

Penganggur Bunuh Adik, Ibu Saudara, Dihukum Penjara 35 Tahun, 24 Sebatan

Penganggur Bunuh Adik, Ibu Saudara, Dihukum Penjara 35 Tahun, 24 Sebatan

14/11/2024
0

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 35 tahun kepada seorang penganggur kerana membunuh adik lelaki dan ibu...

Next Post

Peranan Doktor Tangani Seks Songsang LGBT, Banteras HIV

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd