Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Berkelakuan Curiga, Atlet Ini...

GARA-gara berkelakuan mencurigakan di gawang gol pasukan lawan, seorang pemain bola sepak di...

Luahan Kekecewaan Tun Mahathir...

DENGARKANLAH...Waktu d sekolah rendah dulu..aku sgguh tertarik pd sbuah gmbar yg tgantung d...

Politeknik Kekal Relevan Terajui...

SANDAKAN - Penggabungan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti pada Mac...

Rakyat El Salvador Ratapi...

APA la dosanya badak air ini sampai dipukul dengan kejam hingga mati di...

Peranan Doktor Tangani Seks Songsang LGBT, Banteras HIV

STATISTIK Kementerian Kesihatan menerusi Sektor HIV/Penyakit Jangkitan Kelamin (STI), Bahagian Kawalan Penyakit pada 2017 menunjukkan 1,697 individu yang mengamalkan seks songsang seperti homoseksual dan biseksual ialah sebahagian daripada 3,347 kes penghidap HIV baharu.

Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) adalah kumpulan tertinggi dijangkiti HIV, mewakili kira-kira 50 peratus kes baharu yang dilaporkan sepanjang 2017.

Laporan itu juga mendedahkan jumlah berkenaan adalah 14 kali ganda lebih tinggi berbanding individu yang dijangkiti HIV akibat menagih dadah melalui perkongsian jarum suntikan.

Rata-rata masyarakat tahu virus HIV yang sering berjangkit akibat perkongsian jarum sebagai punca utama penyebaran virus berkenaan, namun statistik terkini menyatakan golongan LGBT pula mengambil alih kes HIV dengan jumlah lebih tinggi.

Persoalannya, adakah kita sebagai ahli masyarakat perlu sekadar menerima statistik peningkatan kes HIV ini tanpa mempersoalkan rasional dan punca perubahan cara penularan virus berkenaan?

Apakah yang perlu kita buat untuk menyedarkan pelbagai pihak dan kelompok masyarakat

akan bahaya penularan virus ini yang sangat berkaitan dengan gaya hidup songsang dan tabiat seksual di luar tabii?

Di samping itu, peranan pengamal perubatan berserta pihak berwajib kesihatan negara perlu seiring dan bekerjasama menyampaikan mesej pencegahan penularan virus ini dan memahami risiko penularannya boleh berlaku kepada setiap anggota dalam masyarakat.

Pada waktu sama, kita dapati golongan LGBT kini semakin berani dan secara terbuka mendesak semua pihak menghormati hak mereka untuk bebas mengamalkan tabiat buruk, termasuklah keinginan seksual sejenis dan kecenderungan seksual di luar norma individu sihat.

Keinginan golongan ini secara langsung boleh mempromosikan tabiat songsang mereka, sekali gus kes HIV juga mungkin terus meningkat dalam masyarakat.

Kebimbangan ini ada asasnya iaitu berdasarkan maklumat penyebaran virus ini dalam kalangan golongan homoseksual dan biseksual semakin meningkat setiap tahun daripada 63 kes pada 2000 kepada 1,553 pada 2016.

Penularan ini membimbangkan semua pihak. Perubahan orientasi seksual, tabiat buruk dan desakan golongan LGBT perlu disekat dan seharusnya pihak berwajib memandang serius serta mengambil langkah lebih proaktif untuk menjaga kepentingan masyarakat.

Setiap individu yang kemudian membentuk skala masyarakat lebih besar mempunyai hak untuk hidup dalam harmoni, selamat dan sejahtera.

Individu yang sakit tanpa mengira apa latar belakang, pendirian politik, perbezaan fahaman, agama dan etnik, malah mereka dari golongan LGBT juga berhak mendapat rawatan kesihatan yang sewajarnya.

Tidak wujud sama sekali golongan yang berpenyakit akan didikriminasi akibat perbezaan itu atau mereka perlu dipisahkan dari lingkungan masyarakat.

Bagaimanapun, pihak berwajib kesihatan boleh melakukan kuarantin bagi kes jangkitan yang serius untuk menyekat penularan penyakit.

Jadi, tindakan ini tidak boleh diterjemahkan sebagai menafikan hak asasi individu.

Namun, mempromosikan gejala songsang LGBT dan membuat desakan secara terbuka, sehingga menidakkan hak golongan majoriti dalam masyarakat tidak sepatutnya berlaku.

Menentang gejala songsang bukan tindakan diskriminasi Prinsip ini sangat jelas, iaitu menentang gejala songsang LGBT bukanlah bermaksud menidakkan hak asasi mereka, bukanlah tindakan diskriminasi sama sekali.

Sebaliknya, golongan LGBT seharusnya pula menghormati hak dan sensitiviti masyarakat majoriti di negara ini.


Pihak kerajaan juga wajar memainkan peranan untuk menjaga hasrat murni dan suara majoriti masyarakat untuk hidup dengan penuh kehormatan, harmoni dan norma sosial budaya timur yang telah berakar umbi di negara ini.

Dalam berdepan desakan golongan LGBT ini, ibu bapa ialah pihak yang sangat bimbang kerana anak-anak serta ahli keluarga akan didedahkan kepada budaya songsang dan cuba diselitkan dalam kehidupan seharian mereka.

Ini satu bentuk serangan pemikiran yang sangat halus dan boleh berlaku kepada sesiapa saja.

Pendedahan gejala buruk ini boleh berlaku melalui media massa, televisyen, laman sesawang dan applikasi telefon pintar.

Tidak ketinggalan juga, guru di sekolah berkongsi kebimbangan kerana kanak-kanak dan remaja sangat mudah terpengaruh bila mereka merasakan tidak salah mengamalkan budaya buruk golongan LGBT ini.

Sebagai seorang pengamal perubatan, sikap dan cara menangani isu ini sangat jelas. Tanggungjawab ke atas pesakit tidak sama sekali dibezakan walau apapun bentuk penyakit dan latar belakang pesakit.

Golongan LGBT juga menerima layanan sama dan hak untuk menerima rawatan. Ini sangat bertepatan kod etika pengamal perubatan Muslim, kod profesion perubatan dan juga merujuk tanggungjawab pengamal perubatan Deklarasi Helsinki 1964.

Bagi pengamal perubatan Muslim, antara rujukan utama ialah kod etika perubatan yang dibentangkan dengan teliti pada Persidangan Antarabangsa Perubatan Islam Pertama Januari 1981 di Kuwait.

Antara lain kod etika itu menekankan ciri-ciri pengamal perubatan, perhubungan di antara doktor dan pesakit, menjaga kerahsiaan pesakit dan ikrar doktor.

Maklumat mengenai kod etika sedia ada sudah cukup untuk menjadikan seorang doktor itu sering mengutamakan pesakit dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Profesion perubatan juga tidak seharusnya tunduk kepada apaapa bentuk tekanan sosial yang disebabkan oleh permusuhan atau perselisihan peribadi, politik atau pemerintah sesuatu negara.

Doktor bertanggungjawab mendidik pesakit, individu dan masyarakat mengenai konsep pencegahan awal penyakit dan mengenal pasti risiko penyakit agar apabila berlaku wabak, pencemaran, penularan dan risiko penyakit boleh dikawal lebih awal sebelum merebak ke skala lebih besar.

Tiadanya aktiviti dan penerangan pencegahan penyakit akhirnya akan membebankan, bukan saja mereka yang berpenyakit, malah ahli keluarga dan masyarakat yang sihat turut terbabit.

Dengan kata lain, doktor berperanan sebagai ejen mengubah persepsi individu ke atas penjagaan kesihatan masyarakat.

Konsep yang sama diaplikasikan apabila berhadapan golongan LGBT.

Jika amalan songsang ini menjurus kepada kerosakan masyarakat dari sudut kesihatan, meningkatkan kes AIDS dan penularan virus HIV seperti statistik kes baharu HIV 2017, sewajarnya perbuatan itu dielakkan.

Doktor tidak seharusnya menyokong tabiat buruk berkenaan, sebaliknya perlu menasihati mereka. Doktor juga berperanan untuk menjaga kepentingan masyarakat majoriti daripada terdedah kepada penularan penyakit ini.

Semua peranan dinyatakan telah termaktub dalam tugasan asas sebagai doktor dari sudut pencegahan penyakit.

Penulis adalah Timbalan Presiden Pertubuhan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-MEDIK) – BH Online

Kategori