• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencen Dihapuskan: KJ Harap Jadi Kenyataan!

oleh
29/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin beranggapan berita tidak benar tentang pemansuhan bayaran pencen dan diganti dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tular di Twitter, menjadi kenyataan satu hari nanti.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, tindakan itu sebenarnya adalah satu keputusan yang betul kerana kos pembayaran pencen semakin meningkat saban tahun.

“Berita tidak benar. Tapi, ia sebenarnya satu keputusan betul.

“Semua penjawat awam sedia ada/pesara menerima pencen mengikut syarat perkhidmatan semasa.

“Tapi pengambilan baharu, pada satu peringkat, mesti berpindah ke skim KWSP.

“Kenapa? Kerana bil pencen semakin meningkat. Kini mencecah hampir RM20 bilion setahun,” jelasnya melalui posting di Twitter pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika membalas Tweet oleh Astro Awani yang menjelaskan bahawa artikel bertajuk ‘Pencen akan dimansuhkan diganti dengan KWSP serta-merta’ adalah palsu.

Gambar judul artikel tersebut telah disunting oleh pihak tidak bertanggung jawab untuk mengelirukan masyarakat.

Jelas Khairy, dengan jangka hayat rakyat semakin meningkat, maka bil pencen juga akan meningkat kerana ia perlu dibayar untuk tempoh yang lebih panjang.

Dakwanya, kerajaan Barisan Nasional sudah mengenal pasti tentang masalah itu ketika Transformasi Nasional 2050 dilancarkan.

Tambah beliau, negara seperti Singapura telah menghapuskan pencen seumur hidup untuk penjawat awam.

Bagaimanapun, Khairy mengakui keputusan itu bakal mendapat tentangan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), namun model pembayaran pencen tersebut adalah tidak mampan.

“Apa yang saya ingin katakan adalah pada satu peringkat, dihapuskan, pengambilan baharu akan menggunakan skim KWSP dan bukannya pencen lagi.

“Penjawat awam dan pesara sedia ada tidak perlu bimbang (tidak melibatkan mereka),” ujarnya. – mStar

Tags: Khairy Jamaluddin Abu BakarPencen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pertumbuhan KDNK Negeri Sembilan Hanya 2 Peratus, Bawah Purata Kebangsaan – KJ

Pertumbuhan KDNK Negeri Sembilan Hanya 2 Peratus, Bawah Purata Kebangsaan – KJ

28/07/2026
0

SEREMBAN - Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Sembilan pada tahun 2025...

“Undi Melayu Kita Satukan Sajalah” – KJ Seru  Pilih Calon BN Elak Pecah Undi

“Undi Melayu Kita Satukan Sajalah” – KJ Seru Pilih Calon BN Elak Pecah Undi

03/07/2026
0

PONTIAN - Bekas Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyeru pengundi Melayu hanya mengundi calon Barisan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd