• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Kedai Dipenjara , Denda RM17,500 Beri Rasuah

oleh Ahmad Albab
09/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhi hukuman penjara satu bulan dan denda RM17,500 terhadap seorang pembantu kedai warga Bangladesh, selepas didakwa cuba memberi suapan kepada pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan di sebuah premis perniagaan, di Pajam, Nilai dekat sini.

Hakim Madihah Harullah menjatuhi hukuman itu terhadap Muhammad Imran Abdullah, 48, yang mengaku bersalah memberi rasuah sebanyak RM3,500 kepada pengadu (penolong pegawai KPDNHEP) di kedai runcit milik isterinya, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap isterinya kerana didakwa menjual barang kawalan seperti minyak masak, tepung dan gas tanpa lesen yang sah.

Suspek didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara satu bulan dan denda lima kali nilai suapan.

Berdasarkan fakta kes pada 4 Ogos kira-kira 1.26 tengah hari, pengadu melakukan pemeriksaan bersama tiga lagi anggota penguat kuasa yang lain ke atas premis pasar mini yang menjual barang-barang runcit di College Height Garden Resort, Pajam.

Semasa pemeriksaan dibuat pengadu mendapati premis perniagaan tidak mempunyai lesen menjual secara runcit barang kawalan yang dikeluarkan Pengawal Bekalan Malaysia.

Pengadu membuat rampasan terhadap barang-barang yang berkaitan namun suspek kemudiannya telah menawarkan dan memberi wang tunai RM3,500 kepada pengadu supaya pengadu tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas isteri suspek walaupun pengadu telah memberi amaran kepada suspek bahawa perbuatan memberi rasuah itu salah di sisi undang-undang.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurdiyanah Mohd Nawawi memohon agar hukuman berat diberikan kepada suspek berikutan kesalahan rasuah itu merupakan kesalahan serius yang boleh membawa kepada jenayah lain selain bertujuan untuk memberi pengajaran kepada orang ramai.

Bagaimanapun, suspek ketika membuat permohonan merayu agar hukuman lebih ringan diberikan kepadanya memandangkan beliau mengidap tumor otak dan isterinya mengalami masalah psikologi dan beliau perlu menjaga dua anaknya.

Suspek dilihat menangis di kandang tertuduh selepas hukuman itu dijatuhkan terhadapnya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: dendaKes Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd