• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelakon Gerak Khas – Nizen Ayob Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Gerak Khas, Nizen Ayob meninggal dunia pada pukul 11.55 pagi Isnin di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Menurut pelakon Salina Saibi, doktor mengesahkan Allahyarham meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.

“Saya dimaklumkan oleh kakak ipar arwah, doktor telah mengesahkan Nizen meninggal dunia kerana masalah buah pinggang.

“Jenazahnya akan dimandi dan dikafankan di hospital sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, berita sedih itu turut dikongsi pelakon Sheera Iskandar menerusi laman Instagramnya.

“Innalillahiwainailaihirojiun. Sahabat kami Nizen Ayob baru sahaja pergi menghadap Illahi.

Sheera berkongsi berita sedih di laman Instagranya.

“Mohon doa dari semua moga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Amin.

“Semoga kau tenang di sana Nizen. Al Fatihah,” tulis Sheera.

Sebelum ini, Nizen, 33, pernah mendedahkan dirinya telah disihir oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Allahyarham membuat pendedahan tersebut menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik foto sebatang paku berkarat dan objek hitam yang tidak dapat dikenal pasti selain kecederaan di dahinya ketika berubat.

Beliau pernah mendapatkan rawatan perubatan Islam untuk merawat penyakit misteri yang dihidapinya pada awal Mei tahun lalu.

Objek serupa dan beberapa batang paku berkarat didakwa telah dikeluarkan daripada badannya. – mStar Online

Tags: meninggal duniaNizen Ayob
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia hari...

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

29/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers, Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey, 63, meninggal dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd