• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar 14 Tahun Bertanding Jawatan Gabenor Vermont

oleh Ahmad Albab
14/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan bertanding bagi merebut jawatan gabenor Vermont, sebagai calon Parti Demokratik.

Ketika ini, undang-undang mewajibkan calon bagi jawatan itu hanya perlu menetap di Vermont sekurang-kurangnya selama empat tahun.

Malah, tiada had umur ditetapkan bagi mereka yang ingin bertanding jawatan berkenaan.

Bagaimanapun, penyandang jawatan gabenor dari Parti Republikan, Phil Scott, berkata: “Secara jujurnya kita perlu melihat kembali perkara itu (had umur).

“Saya rasa calon sekurang-kurangnya sudah memperoleh lesen memandu ketika dilantik sebagai gabenor”.

Selain Scott yang bakal mempertahankan jawatannya, remaja lelaki terbabit, Ethan Sonneborn, bakal ditentang calon gabenor trangender pertama Amerika Syarikat, Christine Hallquist; veteran tentera laut dan pencinta alam sekitar, James Ehlers, serta pengarah eksekutif festival tarian, Brenda Siegel.

Sementara itu, Sonneborn dalam laman webnya, mendakwa beliau memperjuangkan nasib keluarga kelas pertengahan dan golongan pekerja, selain mengemukakan idea yang tepat bagi melaksanakan pembaharuan penjagaan kesihatan.

Sonneborn turut memperjuangkan pembaharuan dalam bidang pendidikan dan pembangunan ekonomi, walaupun belum menamatkan persekolahan pada peringkat sekolah tinggi.

“Saya rasa, saya adalah calon terbaik bagi mewakili perubahan yang kita amat perlukan,” katanya ketika berkempen di sini. – AFP/BH ONLINE

Tags: gabenorpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd