• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Staf Bersih Hospital Tanggungjawab Pemegang Konsesi

oleh Ahmad Albab
10/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kontrak pekerja perkhidmatan pembersihan di hospital kerajaan adalah tanggungjawab pihak pemegang konsesi dan bukan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM), kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata ini kerana pekerja pembersihan berkenaan bukan kakitangan kerajaan di bawah KKM.

“Mereka adalah tanggungjawab pemegang konsesi, who gets the concession for cleaning and do laundry services for hospitals under KKM (yang mendapat konsesi untuk khidmat membersih bangunan dan dobi untuk hospital di bawah KKM),” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Kecemerlangan Terapi dan Sokongan Kanser Payudara di sini, hari ini.

Dr Lee diminta mengulas mengenai kenyataan Parti Sosialis Malaysia (PSM) semalam berkenaan hampir 50,000 pencuci hospital dan klinik kerajaan seluruh negara berdepan risiko dieksploitasi dan dinafikan hak ekoran sistem kontrak tempoh tetap yang tidak memberi jaminan terhadap pekerjaan mereka.

Bagaimanapun, Dr Lee berkata pihaknya akan merujuk kepada Kementerian Sumber Manusia untuk melihat sama ada terdapat masalah kontrak pekerja dengan pihak konsesi berkaitan.

Dalam laporan sebuah portal berita semalam, PSM menggesa kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) segera memansuhkan sistem kontrak tempoh tetap dalam sektor perkhidmatan sokongan di hospital kerajaan dan mengambil pencuci sebagai pekerja tetap, secara terus bawah majikan utama. – BERNAMA

Tags: hospitalpekerja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

04/01/2026
0

TANGKAK: Dua wanita disahkan maut dalam satu kemalangan jalan raya tragis melibatkan dua buah kenderaan di KM 33, Jalan Kebun...

Pesakit Dakwa Dipukul Dua Doktor Di Hospital

Pesakit Dakwa Dipukul Dua Doktor Di Hospital

23/12/2025
0

SHIMLA (India): Seorang pesakit lelaki berusia 36 tahun mendakwa menjadi mangsa serangan fizikal oleh dua orang doktor di Indira Gandhi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd