• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Ladang Kelapa Sawit Didakwa Jual Decoder Tidak Sah

oleh Ahmad Albab
17/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja ladang kelapa sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menjual alat komunikasi iaitu “decoder” yang tidak sah dalam laman sosial Facebook, tahun lepas.

Mohd Faizri Ali, 29, selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman profil Facebook iaitu “Mohd Faizul” dan “Tonton Siaran Percuma Kuantan” di pautan https:// www.facebook.com/mohd.faizul dan https://www.facebook.com/TontonPercuma telah menawarkan untuk menjual kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui di bawah Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, iaitu Decoder DVB -S2/T2 jenama Freesat model V7 combo dan decoder jenama Thaicom model IPM HD Pro 3.

Kedua-dua pautan itu kemudian telah dibaca alamat All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia Bukit Jalil di sini pada 9.15 pagi, 16 Nov 2017.

Pertuduhan mengikut Peraturan 16(1)(b) Peraturan-paraturan Komunikasi dan Multimedia yang dibaca bersama Peraturan 16(3) Peraturan-peraturan sama yang boleh dihukum di bawah Peraturan 37 peraturan serupa yang memperuntukkan denda maksimum RM100, 000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mohd Sophian Zakaria menawarkan jaminan RM3, 000 bagi kedua-dua pertuduhan namun Mohd Faizri yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan kerana dia penanggung utama keluarga.

“Saya berasal dari Pahang dan bekerja di ladang kelapa sawit serta mempunyai sembilan ahli keluarga termasuk ibu dan ayah yang perlu ditanggung. Pohon jumlah jaminan dikurangkan,” katanya.

Hakim M.M Edwin Paramjothy membenarkan OKS diikat jamin RM2, 000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Sept untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: mahkamahPekerja Kontrak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd