• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Terkenal Iran Mulakan Mogok Lapar Di Penjara

oleh Ahmad Albab
26/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA – Peguam hak asasi manusia Iran yang dipenjarakan, Nasrin Sotoudeh memulakan mogok lapar di penjara semalam, umum wanita itu dalam satu nota dihantar pada ruangan Facebook suaminya.

Sotoudeh berkata, dia melancarkan bantahan berhubung penahanan terbaharu seorang aktivis hak asasi awam terkenal dan gangguan terhadap keluarganya oleh pasukan keselamatan.

Peguam wanita itu menghabiskan separuh daripada hukuman penjara enam tahun dijatuhi ke atasnya pada 2010 kerana menyebarkan propaganda dan bersubahat menjejaskan keselamatan negara, dakwaan dinafikannya sebelum dibebaskan pada 2013.

Sotoudeh sekali lagi ditahan Jun lalu dan suaminya, Reza Khandan memaklumkan media Iran, isterinya berdepan dakwaan keselamatan.

“Oleh kerana tiada satu pun surat saya kepada pihak berkuasa menghasilkan keputusan, saya tiada pilihan kecuali memulakan mogok lapar bermula 25 Ogos 2018 sebagai membantah penahanan undang-undang dan tekanan ke atas keluarga, saudara dan rakan saya,” tulis Sotoudeh dalam ruangan Facebook milik Khandan.

Beliau menambah perkataan: “Dengan harapan institusi undang-undang dan keadilan di negara tercinta Iran, ditegakkan.”

Sotoudeh, yang mewakili aktivis pembangkang Iran, memulakan mogol lapar 50 hari pada 2012 menentang larangan perjalanan terhadap anak perempuannya.

Kesnya mencetuskan kemarahan antarabangsa di mana Amerika Syarikat dan kumpulan hak asasi manusia antarabangsa Amnesty International mengkritik Republik Islam itu dan dia dibebaskan pada September 2013 sebelum lawatan ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) oleh Presiden Hassan Rouhani, tidak lama selepas pelantikannya.

Peguam itu baru-baru ini mewakili sejumlah wanita yang menanggalkan tudung kepala atau hijab di tempat awam untuk membantah kod berpakaian wajib Islam terhadap wanita, menurut Center for Human Rights di Iran, kumpulan sokongan berpusat di New York. – Reuters/BH ONLINE

Tags: IranPeguam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ketegangan di Asia Barat terus memuncak apabila Iran dilaporkan mengambil langkah tegas mempertahankan kedaulatan negaranya...

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump dilaporkan secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd