• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Negara Tarik Diri Dalam Kes Rasuah LGE

oleh
02/08/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tommy Thomas, telah menarik diri daripada semua pertimbangan berhubung kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan menerima prinsip konflik kepentingan yang diguna pakai terhadapnya.

Jabatan Peguam Negara (AGC), dalam kenyataan hari ini, berkata Thomas tidak akan terlibat dalam apa juga keputusan yang akan dibuat oleh AGC terhadap kes Lim yang belum selesai itu.

Dalam kenyataan bersama Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek dan Peguam Cara Negara II, Datuk Paduka Zauyah Be T. Loth Khan, mereka berkata banyak maklumat salah telah diedarkan mengenai peranan Peguam Negara dalam membuat keputusan mengenai perkara-perkara yang beliau terlibat sebagai peguam sebelum ini.

“Oleh itu, penjelasan diperlukan untuk tujuan ini. Apabila dilantik sebagai Peguam Negara, beliau secara terbuka mengumumkan bahawa beliau menerima prinsip konflik kepentingan diguna pakai terhadapnya,” mereka berkata,.

Mereka juga berkata dengan mengambil kira kepentingan anak guamnya dan pihak yang menentang dalam litigasi semasa beliau menjadi peguam sebelum ini, kedudukan Peguam Negara terikat kepada dua kaedah yang sedia ada dalam undang-undang bagi menyelesaikan keadaan ini.

Pertama, bagi kes yang melibatkan beliau atas dasar peribadi, sebagai peguam dan rakan. Peguam Negara akan menarik diri dengan senidirnya.

Keputusan dengan itu diambil secara bersama dan mungkin perbincangan diadakan dengan pegawai kanan dalam jabatan sebelum sesuatu keputusan dibuat, kata mereka.

Kedua, kata mereka, bagi kes apabila Peguam Negara menentukan bahawa beliau tidak perlu menarik diri, beliau akan mengisytiharkan kepentingannya kepada anggota lain dalam panel yang membuat keputusan.

Kepentingannya itu akan direkodkkan dan dalam hal itu, beliau akan terlibat sebagai anggota pasukan.

Thomas sebelum ini mewakili Lim dalam prosiding komital yang difailkan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 2016 di Mahkamah Tinggi terhadap bekas ketua menteri Pulau Pinang itu.

Prosiding komital itu atas dakwaan Lim telah menghina mahkamah dan campur tangan dalam pentadbiran keadilan.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan 3 September ini untuk mendengar keputusan representasi yang dikemukakan oleh Lim dan ahli perniagaan, Phang Li Koon untuk menggugurkan pertuduhan mereka berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran di George Town. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd