• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Kanan Polis Gagal Urus Isu Judi Dibuang Kerja

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negeri dan pegawai kanan yang gagal menangani isu seperti judi dan rasuah di kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka akan dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata ketika ini, beberapa pegawai kanan polis telah dikenal pasti dan ditukarkan serta merta sebelum dikenakan tindakan tatatertib.

“Tindakan tatatertib terhadap mereka (pegawai kanan polis) bergantung kepada merit kesalahan yang dilakukan.

“Contohnya, pertukaran di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak itu, kita (pengurusan) akan ambil tindakan susulan terhadap mereka,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata Jabatan Integrasi dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman telah mengenakan tindakan tatatertib kepada 926 pegawai dan anggota bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

“Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), seramai 149 anggota polis ditahan atas kesalahan rasuah tahun lepas berbanding 179 anggota pada 2016.

“Walaupun jumlah ini menunjukkan penurunan, namun persepsi negatif masyarakat terhadap ketelusan PDRM masih sama,” katanya

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata pihaknya tidak akan berkompromi ke atas pegawai dan anggota yang melakukan kegiatan jenayah.

Oleh itu, setiap operasi dan serbuan yang dijalankan akan disertai pegawai JIPS bagi membendung aktiviti salah laku, katanya.

Pada 2 Ogos lepas, Mohamad Fuzi berkata tindakan menukar Ketua Polis Daerah (KPD) Gombak, ACP Ali Ahmad dan beberapa pegawai dengan kadar serta merta adalah kerana kegagalan mereka membendung kegiatan judi haram di daerah berkenaan. – BERNAMA

Tags: KPNpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd