• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tuntut Hak Wanita Islam Pilih Tutup Aurat

oleh Haris
02/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WANITA Islam mesti diberikan pilihan untuk mengenakan pakaian menutup aurat semasa melaksanakan tugas, kata Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Saleh.

Nuridah merujuk perbahasan di Parlimen semalam antara wakil PAS dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang mencetuskan kemarahan kerana meremehkan perkara itu.

“Kalau anda (ahli Parlimen) semua rasa pakaian pramugari kita mencolok mata, tolong jangan pandang,” kata Loke di Dewan Rakyat semalam.

Kenyataan itu dikecam ramai kerana memandang mudah hukum berpakaian dalam Islam dan sensitiviti umat Islam.

Menurut Nuridah, kerajaan perlu mengambil inisiatif membenarkan wanita Muslim berpakaian menutup aurat dengan sempurna.

“Kami Muslimat PAS selari dan menyokong hujah daripada YB Rantau Panjang dan YB Tumpat agar kerajaan mengambil satu inisiatif untuk membenarkan wanita Muslim menutup aurat mereka dengan sempurna sesuai dengan tuntutan syarak,” jelas Nuridah dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menggesa Menteri Sumber Manusia mengambil perhatian hal ini bagi memudahkan wanita Muslim memilih pakaian menutup aurat dengan sempurna.

“Hal ini mesti diambil perhatian oleh Menteri Sumber Manusia untuk memberikan peluang dan ruang kepada wanita Muslim terutama yang bekerja sebagai pembantu penerbangan mahupun dalam mana-mana agensi untuk kekal memelihara aurat mereka di tempat kerja,” tegas Nuridah. – Mynewshub.tv

Tags: Anthony LokeNuridah Mohd. Salleh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd