• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tak Putus Asa, Tunggu Peluang Bahas RUU355 Di Parlimen

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS tidak akan berputus asa untuk mencari peluang membahaskan kembali Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355) di Parlimen di sebalik langkah kerajaan Persekutuan yang sedang mencari formula penyelesaian lebih holistik untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Datuk Hassan Mohamood berkata walaupun parti itu bersetuju dengan langkah Kerajaan Persekutuan dalam mencari penyelesaian terbaik berhubung perkara tersebut namun dalam masa yang sama PAS yakin hanya RUU355 dapat menyelesaikan masalah sosial yang melanda umat Islam ketika ini.

“Kita setuju memperkasa (Mahkamah Syariah secara holistik) tapi dalam memperkasa pun, RUU355 ini mesti diutamakan sebab matlamat kita nak perkasa Mahkamah Syariah ini supaya masalah-masalah yang berbangkit seperti gejala sosial dapat dikurangkan seterusnya dapat dihapuskan.

“Salah satu caranya (menghapuskan gejala sosial) adalah menerusi pelaksanaan RUU355,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dilaporkan berkata jawatankuasa yang ditubuhkan antara pentadbiran kerajaan Persekutuan terdahulu dan kerajaan negeri dalam membincangkan RUU 355 kini tidak lagi berfungsi.

Mujahid dipetik sebagai berkata dasar kerajaan baharu melihat Mahkamah Syariah dalam kerangka yang lebih holisitik dan lebih melihat kepada intipati dari segi hakim, penguatkuasaan, infrastruktur dan lain-lain. – BERNAMA

Tags: PASRUU355
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd