• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Kemboja Lemas Di Teluk Bahang

oleh
07/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang nelayan warga Kemboja maut selepas terjatuh ke laut dari bot dinaikinya ketika sedang melabuh pukat tunda di 25 batu nautika perairan Teluk Bahang, dekat sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata lelaki dikenali sebagai Chon Choey, 30, itu gagal menyelamatkan diri dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu selepas terjatuh ke dalam laut kerana kaki dan tangannya terbelit pada tali pukat tunda manakala keadaan arus laut kuat.

“Selepas mangsa terjatuh ke dalam laut, tekong bot nelayan itu terus mematikan enjin botnya manakala dua lagi awak-awak terjun ke dalam laut dan cuba menyelamatkan lelaki itu.

“Mereka berjaya membawa lelaki itu naik ke atas bot dan memberi bantuan kecemasan kepadanya tetapi dia gagal diselamatkan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki itu mempunyai pas perjalanan dan permit kerja yang sah. Mayatnya telah dituntut keluarga dan akan dihantar pulang ke Kemboja. – BERNAMA

*Video dibawah sekadar hiasan

Tags: Nelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd