• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Neelofa Ke Pentas Antarabangsa Dengan Fesyen Muslimah

oleh
05/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usahawan, pengacara dan pelakon popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, 29, menjadi selebriti Malaysia pertama melangkah ke pentas antarabangsa menerusi fesyen Muslimah.

Selepas dilantik menjadi duta bagi pengeluar perhiasan terkemuka dunia, Swarovski, selama tiga tahun berturut-turut, terbaru Neelofa menjalinkan kerjasama dengan jenama Louis Vuitton (LV) Malaysia.

Ia sekali gus membuka ruang buat Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-29 itu menerokai fesyen Muslimah antarabangsa.

“Inilah impian saya yang mahu meneroka pasaran antarabangsa menerusi pintu fesyen Muslimah. Harapan saya, penggemar fesyen dunia membuka mata terhadap fesyen Muslimah dan hijab.

“Saya lihat, tidak ramai selebriti dan ikon bertudung memulakan langkah berani untuk fesyen hijab. Hanya supermodel cantik Amerika Syarikat keturunan Somalia, Halima Aden, yang agak ke depan dalam berbuat demikian.

“Saya mengharapkan kerjasama saya dengan jenama LV memberi nafas dalam fesyen berhijab. Walaupun jenama antarabangsa, tetapi mereka semakin terbuka untuk mencuri perhatian wanita bertudung,” katanya yang menyambung kontrak bersama Swarovski selama setahun lagi, baru-baru ini.

Neelofa berkata, LV Malaysia yang terlebih dulu melamarnya untuk menjalinkan kerjasama berkenaan.

“Ia membabitkan kempen untuk baju, kasut dan skaf jenama terkenal ini. Apa yang menarik, mereka bertanya mengenai kisah penghijrahan dan fesyen bertudung sebelum bersetuju untuk bekerjasama,” katanya yang akan menyertai Minggu Fesyen Paris pada September depan.

Akuinya, dia juga berhasrat membawa jenamanya, Naelofar Hijab, ke pentas antarabangsa.

“Saya percaya, peluang semakin terbuka apabila menyertai Minggu Fesyen Paris. Saya mahu terbabit dengan kempen global untuk membuktikan wanita berhijab tidak ketinggalan dalam berfesyen.

“Saya pernah menerima kritikan netizen apabila menggayakan pakaian bersaiz besar dilengkapi beg pinggang label jenama terkemuka, tetapi saya tidak gentar kerana saya lihat orang Malaysia sukar menerima fesyen,” katanya yang terbang ke Paris pada musim Aidilfitri lalu untuk menghadiri acara anjuran jenama Lancome. – BH Online

Tags: Neelofa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Neelofa, PU Riz Timang Anak Lelaki

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa...

Kes Neelofa, Suami Ditangguh Lagi

12/08/2021
0

SEREMBAN - Sebutan semula kes membabitkan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd