• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Kembali Ke Mahkamah

oleh Ahmad Albab
10/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Prosiding pendengaran larangan bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bermula jam 9.30 pagi tadi.

Terdahulu, Najib tiba di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.50 pagi bersama dua anaknya, Nooryana Najwa dan Norashman.

Najib yang memakai kemeja putih dan kot belang berwarna hitam kelihatan tenang memasuki kandang tertuduh

Dimulakan dengan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib membangkitkan beberapa isu antaranya berhubung tindakan pasukan pendakwaan yang memberikan dokumen yang akan digunakan dalam perbicaraan dalam bentuk cakera padat (CD).

“Dokumen seharusnya diberikan dalam bentuk asal dan bukannya dalam bentuk cakera padat.

“Pasukan pembelaan menghabiskan banyak masa di hadapan mesin pencetak untuk mencetak semua dokumen yang terkandung dalam CD. Ia membabitkan 3,500 muka surat dan kami tidak berpeluang untuk meneliti semuanya,” katanya.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup, memaklumkan tiada sebarang halangan untuk pihak pendakwaan menyerahkan dokumen dalam bentuk CD.

“Malah ia juga dilakukan dalam kes membabitkan Lim Guan Eng. Dokumen dalam bentuk asal akan dikemukakan pada perbicaraan dan akan dijadikan sebahagian bukti dan bukannya CD.

Shafee pula berhujah di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berhubung alasan mengapa perintah membisu terhadap media perlu dibenarkan.

Beliau mendakwa terdapat lebih 100 artikel yang membicarakan merit berhubung kes anak guamnya. – BH ONLINE

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd