• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Dakwa Tak Tahu ‘Equanimity’ Dibeli Guna Dana 1MDB

oleh
07/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa beliau tidak tahu mengenai dakwaan bahawa kapal layar mewah Equanimity dikatakan dibeli menggunakan dana dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya tidak tahu mengenainya. Saya tidak pernah menaiki kapal itu. Saya tidak tahu mengenainya sehinggalah ia disiarkan dalam media,” kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata kerajaan terdahulu lebih berminat terhadap penyelesaian penuh dengan International Petroleum Investment Company (IPIC).

“Apa yang penting adalah penyelesaian dengan IPIC. Itu adalah jumlah terbesar, itulah sebabnya kita tidak tumpu kepada isu kapal, kita mahu penyelesaian membabitkan jumlah yang besar diselesaikan dahulu,” kata beliau.

Kapal layar mewah itu belayar dari Indonesia dan tiba di Pelabuhan Klang pada 12.35 tengah hari ini.

Kapal layar itu, dianggarkan bernilai RM1 bilion, dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana dari 1MDB. Ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low, yang dikatakan pemilik kapal layar itu juga sedang diburu untuk membanu siasatan ke atas 1MDB.

Menurut Jabatan Peguam Negara, kapal layar mewah itu dirampas mengikut prosedur di bawah undang-undang Malaysia.

Sementara itu, Najib meminta siasatan penuh dijalankan mengenai dakwaan bahawa International Republican Institute (IRI) mengadakan kerjasama dengan pembangkang Malaysia (ketika itu) sejak 2002 termasuk gabungan Pakatan Harapan.

Najib berkata dakwaan itu sudah cukup serius untuk meminta siasatan diadakan kerana ia mungkin melibatkan campur tangan asing dalam proses pilihan raya di Malaysia. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakEquanimity
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd