• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musa Aman Akan Pulang Ke Tanah Air

oleh
21/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman akan kembali ke tanah air selepas menerima rawatan di The Clementine Churchill Hospital, London, walaupun tindakan itu bertentangan dengan nasihat doktor yang merawatnya.

Bekas setiausaha politiknya Joh Wid yang juga pegawai khas kepada Musa memaklumkan perkara itu dalam status yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau, kira-kira empat jam lepas.

“Sebelum itu dia (Musa) perlu dirujuk ke Mount Elizabeth Hospital Singapura untuk menerima rawatan susulan. Hospital ini ialah hospital yang memegang rekod perubatan beliau sejak 30 tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata kehilangan Musa sebelum ini adalah kerana bekas ketua menteri itu memerlukan rawatan susulan selepas menjalani beberapa prosedur rawatan pembedahan pintasan jantung bagi memastikan keadaannya stabil.

“Kini, tiba masanya dia pulang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa paksaan mana-mana pihak,” katanya.

Sebelum ini, ada pihak mendakwa Musa ‘melarikan’ diri ke London bagi mengelak beberapa siasatan pihak berkuasa ke atasnya, namun menerusi kenyataan beliau menjelaskan bahawa tindakan meninggalkan negara pada 16 Mei lepas itu adalah untuk menjalani rawatan perubatan di sana.

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali dilaporkan berkata Musa mempunyai masa hingga 11 Sept depan untuk mengangkat sumpah sebagai ADUN dan kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan beliau kehilangan kerusi DUN Sungai Sibuga yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lepas. – BERNAMA

Tags: Musa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

15/09/2023
0

PH Sabah akan mengadakan mesyuarat bersama dalam tempoh terdekat sebagai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang....

Shafie Punca Peningkatan Kes COVID-19 – Musa Aman

20/10/2020
0

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dalam surat terbukanya mendakwa Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd