• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musa Akan Balik Ke Malaysia Dalam Masa Terdekat

oleh
20/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman yang kini dalam senarai orang dikehendaki Bukit Aman akan pulang ke negara ini dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

“Kita ada berhubung dengan Musa tetapi saya tidak boleh mengatakan benar atau tidak beliau tiba ke negara ini hari ini seperti yang ditularkan,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Gotong Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat PDRM di Bukit Aman di sini hari ini.

Musa perlu mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Sungai Sibuga sebelum 11 Sept ini atau mengosongkan kerusi itu.

Pada 15 Ogos lalu Speaker DUN Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali berkata arahan itu selaras dengan Perlembagaan Negeri yang memberi tempoh tiga bulan selepas sidang DUN pertama bagi wakil rakyat dipilih untuk mengangkat sumpah.

DUN Sabah pertama kali bersidang pada 11 Jun selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, 9 Mei lepas.

Musa, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah pada 10 Mei selepas memperoleh majoriti mudah pada PRU lepas, namun hilang peluang tersebut selepas beberapa ADUN BN bertindak keluar gabungan parti itu dan menyatakan sokongan terhadap Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang kini Ketua Menteri Sabah baharu.

Musa meninggalkan Malaysia pada 17 Mei dikatakan untuk menerima rawatan kesihatan di United Kingdom. – BERNAMA

Tags: Fuzi HarunMusa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

15/09/2023
0

PH Sabah akan mengadakan mesyuarat bersama dalam tempoh terdekat sebagai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang....

Shafie Punca Peningkatan Kes COVID-19 – Musa Aman

20/10/2020
0

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dalam surat terbukanya mendakwa Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd