• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid Sanggup Habiskan RM100 Untuk Beli Bendera

oleh
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Bagi kebanyakan kanak-kanak, wang RM100 amat tinggi nilainya dan biasanya akan menyimpannya atau membeli barangan kesukaan mereka seperti buku atau permainan.

Namun berbeza halnya dengan Muhamad Zahim Aisay Fauzi, 9, yang sanggup membelanjakan wang sakunya sebanyak itu untuk menghiasi basikal kesayangannya dengan Jalur Gemilang bagi menonjolkan semangat patriotisme sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-61 pada 31 Ogos ini.

“Saya gunakan duit itu untuk beli 14 helai bendera jalur gemilang pelbagai saiz dan lain-lain peralatan untuk menyertai perarakan berbasikal bersama rakan-rakan sekolah pada Program Merdeka @ Komuniti Peringkat Daerah Setiu.

“Setiap hari saya simpan duit saku sebanyak RM2 sejak tiga bulan lalu dan ditambah pula dengan duit tabung saya,” katanya ketika ditemui pemberita pada program itu di Homestay Wetland Kampung Fikri di sini hari ini.

Program Merdeka @ Komuniti Peringkat Daerah Setiu dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Daerah Setiu, dan Muafakat Komuniti Malaysia (MKM) Kampung Fikri dan disertai oleh lebih 500 penduduk setempat.

Turut hadir Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang; Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Zulkifli Mat Deris; dan Pengerusi Muafakat Komuniti Malaysia (MKM) Kampung Fikri, Wee Beng Hai.

Sementara itu, seorang penduduk kampung berkenaan Wahab Alias, 53, yang turut menyertai sambutan tersebut berkata sambutan seperti itu dapat menanam semangat patriotik dalam kalangan generasi muda.

“Dengan mengadakan sambutan seperti ini kita dapat semaikan perasaan rasa sayang dan menghargai pengorbanan masyarakat dahulu untuk memperjuangkan kemerdekaan.

“Saya turut merasai kemeriahan sambutan ini apabila berpeluang menyertai perarakan bot berhias jalur gemilang bersama 15 buah bot nelayan dari Kampung Fikri yang mana kami berarak sejauh satu kilometer dari jeti Haji Ismail ke jeti Homestay Wetland,” katanya. – BERNAMA

Tags: jalur gemilangkanak-kanak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Murid Tidak Lagi Pakai Lencana Besi Jalur Gemilang?

Ramai Murid Tidak Lagi Pakai Lencana Besi Jalur Gemilang?

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ramai murid didakwa sudah tidak lagi memakai lencana besi Jalur Gemilang yang diberikan sebelum ini kerana rosak,...

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd