• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Bakke Pengerusi Baharu MPOB

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Mohd Bakke Salleh dilantik sebagai pengerusi baharu Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk tempoh dua tahun, berkuat kuasa 31 Julai, 2018.

Beliau yang kini berkhidmat sebagai timbalan pengerusi eksekutif dan pengarah urusan Sime Darby Plantations Bhd, mempunyai pengalaman luas dalam industri minyak sawit, berdasarkan pembabitannya dalam beberapa syarikat perladangan, termasuk presiden dan ketua eksekutif kumpulan Sime Darby.

“Mohd Bakke bertanggungjawab memantau bahagian teras dalam kumpulan (Sime Darby), termasuk perladangan, hartanah, industri, permotoran dan logistik,” kata MPOB dalam satu kenyataan.

Sebelum menyertai Sime Darby, Mohd Bakke ialah pengarah urusan kumpulan Felda Holdings Bhd dan selepas itu beliau dilantik sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd pada Januari 2009.

Beliau juga sebelum ini berkhidmat sebagai pengarah urusan kumpulan dan CEO Lembaga Tabung Haji.

Mohd Bakke memiliki kelulusan Sarjana Muda Sains (Ekonomi) dari London School of Economics, United Kingdom, pada 1977. – BERNAMA

Tags: MPOBpengerusi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

Mahfuz, Faiz Fadzil Dilantik Semula Pengerusi Badan Berkanun

Mahfuz, Faiz Fadzil Dilantik Semula Pengerusi Badan Berkanun

29/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Dua pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) dilantik semula sebagai pengerusi badan berkanun iaitu Datuk Mahfuz Omar dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd