• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamad Seru Kerajaan Dan Rakyat Malaysia Bantu Turki

oleh Cj Mnh
17/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama parti itu menzahirkan sokongan kepada Turki yang kini berdepan dengan krisis kewangan.

Beliau berkata ini termasuk menghulurkan bantuan yang akan mengukuhkan lagi semangat setia kawan dan hubungan antara dua negara di samping membantu Turki pimpinan Presiden Tayyip Erdogan mengharungi situasi getir tersebut dengan lebih baik.

“Meskipun Kuala Lumpur hanya secara rasmi menjalinkan hubungan diplomatik dengan Ankara pada 1962, hubungan dua hala Turki dan Malaysia telah terjalin lebih awal dari itu. Persahabatan yang terjalin antara dua negara ini menjangkaui hubungan ekonomi dan budaya malah mencakupi hal ehwal pendidikan, intelektual dan sosial.

“Sumbangan serta kedudukan Turki bukan sahaja besar, terlihat dan dihormati dalam dunia Islam. Malaysia dan Turki berkongsi banyak aspirasi dan hasrat yang sama untuk melihat dan menjadikan masyarakat Muslim lebih aman, maju dan moderat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Rantau itu berkata sejak beberapa minggu lalu lira Turki diserang teruk sehingga menyebabkan mata wang berkenaan kehilangan lebih suku daripada nilainya.

Ini katanya menyebabkan ketidakstabilan ekonomi domestik, sekali gus memberi kesan kepada kebanyakan rakyat negara berkenaan. – BERNAMA

Tags: bantuTurki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Turun Padang Bantu Kempen BN Johor, Suntik Semangat Jentera Parti di Muar

Tok Mat Turun Padang Bantu Kempen BN Johor, Suntik Semangat Jentera Parti di Muar

30/06/2026
0

MUAR – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan turun padang membantu calon dan jentera BN Johor di...

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

26/06/2026
0

BUTTERWORTH - Program promosi besar-besaran jualan daging babi sempena Pesta Duanwu akan terus dianjurkan bagi membolehkan rakyat Pulau Pinang membeli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd