Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Lelaki Dituduh Simpan Pistol...

KUANTAN - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini...

Gelagat Comel Anak Monyet...

MERSING – Gelagat seekor monyet betina bernama ‘Jenny’ mencuri tumpuan mangsa banjir yang...

PAS Sedih Komen Tidak...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan kesal dengan pihak yang sedang...

Pekema: Mansuh AP Jejas...

KUALA LUMPUR - Pemansuhan permit import (AP) bukan sahaja akan memberi kesan negatif...

MITI Akan Bincang FTA Malaysia, GCC Dengan PM

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking akan berbincang untuk menghidupkan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata pemulihan semula perjanjian rangka kerja itu boleh dilaksanakan selagi ia memberi manfaat kepada semua pihak.

“Kerajaan terbuka kepada sebarang FTA, tetapi ia mesti adil,” kata Darell pada sidang akhbar selepas merasmikan Simposium Perniagaan Dewan Perniagaan Arab-Malaysia dan Mesyuarat Agung Tahunan Kelapan, di sini, hari ini.

Tahun lepas, kementerian tersebut ketika di bawah kerajaan sebelum ini memaklumkan ia berminat untuk menghidupkan semula perjanjian rangka kerja itu pada 2011, namun terpaksa ditangguhkan kerana beberapa halangan termasuk ketidaktentuan politik di negara Timur Tengah.

Dalam perkembangan lain, Darell berkata perdagangan antara Malaysia dan negara GCC seperti Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu, meningkat hampir satu peratus tahun ke tahun bagi separuh pertama 2018.


“Pelaburan Arab di Malaysia melonjak sehingga 260 peratus dalam tempoh tiga tahun daripada US$115 juta (US$1=RM4.10) pada 2014 kepada US$426 juta pada 2017,” katanya sambil menambah eksport industri halal di Malaysia meningkat kepada RM45 bilion tahun lepas. – BERNAMA

Kategori