• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Air Tak Berani Sebut Nama PM Lama

oleh Ahmad Albab
17/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mengapa Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A Xavier Jayakumar tidak berani menyebut siapakah Perdana Menteri kerajaan lama yang dikritiknya di Dewan Rakyat?

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, Xavier cuma mengkritik kerajaan lama dalam isu bekalan air dengan Singapura, tetapi tidak menyebut nama Perdana Menteri ketika itu.

“Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli berani mengkritik Kerajaan dahulu dalam isu bekalan air dengan Singapura , tetapi tak berani sebut nama PM dahulu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Media baru-baru ini melaporkan isu jual beli air antara Malaysia dan Singapura bangkit kembali selepas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyuarakan cadangan menaikkan harga air yang dijual kepada republik itu sebanyak 10 kali ganda daripada kadar semasa.

Kenyataan Mahathir menerima reaksi negatif daripada Menteri Hal Ehwal Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan yang bertegas mahu Malaysia menghormati terma-terma yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Air Sungai Johor 1962.

Dalam perjanjian itu, Singa­pura mempunyai hak mendapatkan 250 juta gelen air sehari dari Sungai Johor dengan bayaran 3 sen untuk setiap 1,000 gelen, manakala Johor akan membeli air terawat dari Singapura pada kadar 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.

Lebih malang lagi, perjanjian tersebut memperuntukkan peluang untuk membuat semakan harga selepas 25 tahun, namun peluang itu dilepaskan kerajaan pada 1987. – MYNEWSHUB.TV

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Dr Xavier JayakumarWee Ka Siong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Heret ‘Mafia Korporat’, Tapi Bersasar dan Profesional – MCA

Heret ‘Mafia Korporat’, Tapi Bersasar dan Profesional – MCA

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menegaskan isu mafia korporat perlu ditangani secara tegas,...

‘YB Jumpa Menteri Dan Minta Maaf Ya’ – Dr Akmal

‘YB Jumpa Menteri Dan Minta Maaf Ya’ – Dr Akmal

10/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong digesa memohon maaf kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) susulan kenyataannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd