Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Angkasawan Rusia Temui Lubang...

MOSCOW - Angkasawan Rusia, Oleg Kononenko dan Sergey Prokopyev menemui lubang pada badan...

Najib, Rosmah Meriahkan Sambutan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak isteri Datin Seri Rosmah Mansor...

Anak 3 Tahun Maut...

PASIR GUDANG - Kepiluan seorang ibu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila kereta...

UMNO & PAS Perlu...

BACHOK - Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa mengusulkan agar UMNO dan...

MCA Lancar Deklarasi Balakong Untuk Reformasi Hala Tuju Parti

KAJANG – MCA menyifatkan ‘Deklarasi Balakong’ yang dilancarkannya hari ini sebagai reformasi hala tuju parti selepas mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata deklarasi berkenaan dimulakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, 8 Sept ini bagi menarik kembali keyakinan rakyat kepada parti tersebut.

“Kita berjanji kepada seluruh anggota parti dan rakyat bahawa MCA (menerusi Deklarasi Balakong) akan mula melaksanakan reformasi parti dan Balakong dijadikan titik permulaan untuk terus membela masyarakat.

“Malah MCA juga bersedia memainkan peranan baharu di atas landasan politik baharu dan telah mengenal pasti kelemahan untuk melaksanakan transformasi menyeluruh dalam parti,” katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA kali ke-34, di sini hari ini.

Deklarasi Balakong MCA menekankan lima teras iaitu memperkasa perjuangan parti, menjadi penggerak kepada peningkatan amalan demokrasi yang inklusif, menegakkan keberkesanan dan akauntabiliti, berperanan sebagai agen semak dan imbang selain menegakkan sistem dua parti untuk mewujudkan suasana politik sihat.

Dalam pada itu, ditanya sama ada deklarasi tersebut menandakan bahawa MCA bakal membawa haluan sendiri (keluar daripada Barisan Nasional) kelak, Liow hanya menyatakan ia bagi menunjukkan mereka sebuah parti yang bebas.


“Kita sekarang pembangkang dan kita (bebas) bekerjasama dengan parti lain (seperti UMNO dan badan bukan kerajaan) yang mempunyai fokus serta agenda sama dengan kita,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

PRK DUN Balakong diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chie dari Pakatan Harapan (PH) dalam satu kemalangan jalan raya, 20 Julai lepas.

MCA mempertaruhkan Tan Chee Teong yang juga Anggota Jawatankuasa MCA Bangi (sebelum persempadanan semula MCA Serdang) bagi berhadapan calon PH Wong Siew Ki.

Pada PRU14, Ng menewaskan calon Barisan Nasional, Lim Chin Wah dan Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS), dengan majoriti 35,538 undi. – BERNAMA

Kategori