• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MBAS Tawar Rebat Cukai Pintu Sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

oleh Cj Mnh
07/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menawarkan rebat cukai pintu kepada pemenang yang berjaya menghiasi premis mereka penuh patriotik sempena Kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018 mulai 1 Ogos hingga 16 Sept depan.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Tan Kok Yew berkata bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’, orang ramai bebas menggunakan kreativiti masing-masing agar premis mereka kelihatan menarik dan seterusnya menikmati rebat cukai pintu yang ditawarkan.

Beliau berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menerima surat pekeliling supaya premis di dalam PBT mereka menghiasi dan mengibarkan Jalur Gemilang dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku’, katanya yang ditemui selepas Majlis Angkat Sumpah Terima Pelantikan Anggota Majlis Bandaraya Alor Setar, di sini, hari ini.

Turut hadir Datuk Bandar Alor Setar Datuk Mohd Zohdi Saad.

Pada majlis itu, seramai 24 individu terdiri daripada komponen politik Pakatan Harapan (PH), badan bukan kerajaan (NG0) dan pegawai kerajaan yang dilantik (ex-officio) sebagai Anggota Majlis, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bagi penggal 2018-2019.

Kok Yew berkata bagaimanapun, kadar rebat cukai pintu yang akan diberikan adalah bergantung kepada jumlah cukai pintu penerima tersebut dan jika bawah paras RM100 berkemungkinan akan diberi rebat 100 peratus.

“Orang ramai boleh menghubungi kakitangan di Bahagian Korporat MBAS pada talian 04-7203828 untuk mengetahui maklumat lanjut dan membuat penilaian,” katanya.

Selain itu, beliau menggesa supaya Jabatan Landskap Negara dapat mempercepatkan kerja-kerja pembangunan Projek Landskap Negara meliputi lapan kawasan di Alor Setar seperti di Bulatan Teluk Wanjah, Medan Tunku, Star Walk, Sungai Raja dan Jalan Sultan Badlishah.

Katanya berdasarkan perancangan, beberapa premis telah dikosongkan MBAS sejak Mac tahun lepas dan projek tersebut dijadualkan siap sebelum 31 Ogos ini bagi membolehkan perarakan hari kemerdekaan diadakan di kawasan itu.

“Kita minta kerjasama pihak kontraktor untuk mempercepatkan proses menyiapkan projek tersebut kerana ada kelewatan dan ini telah mengganggu lalu lintas serta urusniaga peniaga di sekitar kawasan itu terutama di Starwalk,” katanya. – BERNAMA

Tags: cukai pintuMBAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Speaker DUN Perak Kena Tegur Sebab Terlalu Berlembut!

Next Post

Kapal Mewah Equanimity Disita Secara Teratur – Peguam Negara

Related Posts

Selangor Berhak Sita Rumah Terbiar Gagal Bayar Cukai

29/11/2018
0

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor berhak merampas unit kediaman terbiar sekiranya pemilik rumah itu didapati gagal membayar cukai pintu. Pengerusi...

Draf Rancangan Tempatan MBAS 2035 Buka Peluang Ekonomi

26/01/2017
0

ALOR SETAR - Draf Rancangan Tempatan 2035 Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), yang menggariskan empat teras utama, diyakini mampu membuka...

Next Post

Kapal Mewah Equanimity Disita Secara Teratur - Peguam Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd