• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mata Anak Lan Solo Tak Henti Kedip Kerana Gajet

oleh Ahmad Albab
10/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DERITA seorang kanak-kanak di Filipina yang terpaksa menanggung sengsara kerana mengalami gangguan saraf pada bahagian muka sejak Julai lalu gara-gara kerap menggunakan gajet turut mendapat perhatian isteri kepada penyanyi Lan Solo iaitu Nur Sheila Hassim.

Sheila yang turut berkongsi video laporan itu menerusi Instagramnya mendedahkan anak ketiganya, Muhammad Akid Qassyaff, 3, nyaris mengalami keadaan sama akibat penggunaan gajet yang menyebabkan mata anakya tidak berhenti berkedip selain mengalami sakit kepala.

“Untuk pengetahuan korang, anak KY (nama Sheila di Instagram), Akid hampir-hampir jadi macam ini, puncanya dari perkara yang sama, gajet!

“Sama kejadiannya, mata tak berhenti berkedip-kedip… Bangun tidur menangis sebab mata sakit, lepas itu sakit kepala,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sheila berkata, dia bertuah kerana cepat perasan terhadap perubahan anaknya itu dan mengambil tindakan segera bagi mengelakkan daripada kejadian tidak diingini.

Sheila berkongsi mengenai kisah anaknya di Instagram.

Bagaimanapun katanya, ia bukan satu perkara mudah apabila Akid mengamuk kerana dia dan suami tidak lagi membenarkannya bermain gajet.

“Nasib baik kami cepat perasan. Kami terus simpan semua gajet dan ya, Akid mengamuk sepanjang hari sebab tak dapat gajet.

“Tapi kami kentalkan hati biar sampai dia lupa gajet. Alhamdulillah seminggu je dia lupa semua.,” tulisnya lagi.

Tambah Sheila, kesan daripada tindakan segera itu, keadaan Akid kembali pulih seperti sedia kala.

Katanya lagi, perkongsiannya itu kerana ingin berkongsi pengalaman dan berharap pengikutnya yang turut mempunyai anak kecil mengambil iktibar.

“Terus hilang sakit kepala dan mata berkedip dia tu. Anda juga ambil perhatian ya, ini pengalaman kami,” katanya.

Alhamdulillah.. takde yg terlalu serius.. tetapi sebagai ibubapa kerisauan tahap gaban tu adalah lumrah! . Tambahan pulak..ni koyak dahi kali ke 2..😥! Risau tempat yg sama.. 7jahit tau masa koyak dulu.. “Akid oh Akid” . Tq doc & team.. Tq jugak korang yg mendoakan 🤲🏼! . Sekian laporan dr daddy utk kengkawan & sedare2 yg kol/mesej bertanyakan kondisi Akid mlm td.. . Doakan bhgn luka kat dahi Akid cepat sembuh ya! . Aaamiiinnn..! . . #muhammadakidqassyaff #akid #qassyaff #abang #hero #koyakdahi #kecemasan #ppum #anakanaklansolo #razlansheilakin

A post shared by L A N S O L O 🇲🇾 (@lansolo_official) on Aug 8, 2018 at 5:31pm PDT

Dalam perkembangan lain, Lan menerusi Instagramnya pula berkongsi detik cemas apabila dahi Akid koyak akibat terjatuh.

Menurutnya, ia adalah kali kedua anak lelakinya itu mengalami perkara sama dan sebelum ini dia pernah menerima tujuh jahitan di tempat sama.

“Alhamdulillah tiada yang terlalu serius tetapi sebagai ibu bapa kerisauan tahap gaban itu adalah lumrah!

“Tambahan pula ini koyak dahi kali kedua. Risau tempat yang sama… tujuh jahitan tau masa koyak dulu. Akid oh Akid!,” ujarnya. – mStar Online

Tags: anakLan Solo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

03/11/2025
0

RAWANG: "Ibu bapa mana yang tidak sedih dan menderita apabila melihat satu-satunya anak lelaki kami musnah akibat dadah," kata pesara...

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu laporan kimia berkaitan cecair yang disuntik dalam insiden serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd