• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Enggan Komen Pendedahan Rafizi

oleh Cj Mnh
17/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu enggan memberi sebarang ulasan berkenaan pendedahan Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli yang mendedahkan bukti membabitkan isu pegawainya.

“Tak apa, saya tak mahu jawab berkenaan itu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parliman Kota Raja, melawat kawasan kebakaran tanah gambut di Kampung Johan Setia, Jalan Kebun, di sini.

Kelmarin, Rafizi dalam satu kenyataan mendedahkan empat bayaran meragukan yang didakwa diterima pegawai Mohamad membabitkan jumlah RM318,525; RM100,000; RM300,000 dan RM100,800 pada 30 Mei 2018 dan 31 Mei 2018.

Calon Naib Presiden PKR itu berkata, sukar menerima alasan kononnya wang itu diperoleh hasil biaya awam untuk melepaskan pegawai itu daripada status muflis.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, mengesahkan pihaknya sedang menyiasat pembantu politik Mohamad berhubung dakwaan menerima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantunya menyelesaikan masalah hutang serta dikeluarkan daripada status muflis.

Sementara itu, Mohamad berkata, kementeriannya sudah menggerakkan aset udara mereka bagi proses pembenihan awam dalam usaha menangani cuaca panas dan jerebu.

Katanya, aset terbabit sudah digerakkan di sekitar Selangor dan Perak sebagai usaha mencari kedudukan awan yang sesuai.

“Kita ikhtiar pelbagai cara. Jerebu ini bukan disebabkan kebakaran di negara ini saja tetapi juga yang berlaku di Sumatera.

“Kita perlu cari awan dan kawasan sesuai untuk melakukan kerja pembenihan awan. Jika kita buat di kawasan padang pasir yang tiada awan, (pembenihan awan) tidak jadi juga,” katanya. – BH Online

Tags: Mat SabuMohd Rafizi Ramli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bang Mat Turut Tersenyum, Raikan Sepanyol Juara Piala Dunia 2026

Bang Mat Turut Tersenyum, Raikan Sepanyol Juara Piala Dunia 2026

20/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Kejayaan Sepanyol menjuarai Piala Dunia FIFA 2026 turut mencuri perhatian Mohamad Sabu yang secara terbuka...

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tampil dengan nada terbuka dan berterus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd