• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mansuhkan Kuasa Menteri Untuk Beri Pengecualian Cukai

oleh
09/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pengamal cukai kanan telah meminta kerajaan memansuhkan seksyen 127 (3A) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang membolehkan menteri bertanggungjawab untuk mengecualikan orang atau syarikat tertentu daripada membayar cukai.

Rakan Kongsi Lee Hishamuddin Allen & Gledhill (LHAG), S Saravana Kumar, berkata ini akan menjadikan sistem itu lebih telus.

Beliau berkata, seksyen 127 (4) Akta tersebut menyatakan apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen 3 hendaklah dibentangkan di Parlimen.

“Kedua-dua subseksyen ini bercanggah antara satu sama lain. Ini boleh disalah guna untuk memberikan pengecualian cukai kepada rakan dan kroni,” katanya kepada pemberita selepas Seminar Cukai, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Kastam LHAG di sini, hari ini.

Saravana juga berkata, kerajaan harus menimbangkan pembaharuan sistem pelantikan Pesuruhjaya Khas (SC) Cukai Pendapatan. (Seseorang yang terjejas dengan penilaian yang dibuat berkenaan dengannya boleh merayu kepada pesuruhjaya tersebut).

Ini kerana SC berada di bawah Kementerian Kewangan (MoF) dan dalam senario sedemikian, pembayar cukai yang terjejas mencabar Lembaga Hasil Dalam Negeri, yang juga di bawah MoF.

“Ini boleh dilihat sebagai konflik kepentingan. Justeru, sistem ini perlu ditukar untuk mendapatkan prosiding yang lebih baik,” jelasnya.

Ditanya mengenai kemungkinan kesan lata selepas pelaksanaan SST, Saravana berkata, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 memerlukan beberapa pindaan untuk menghalang perniagaan daripada menaikkan harga secara tidak munasabah.

“Pada masa ini, apabila sebuah syarikat didapati melakukan pencatutan, ia sama ada membawa hukuman penjara atau denda. Denda ditetapkan pada RM500,000 untuk kesalahan pertama dan RM1 juta bagi kesalahan kedua. Ini tidak mencukupi kerana keuntungan yang diperoleh daripada pencatutan mungkin lebih banyak,” katanya.

Beliau mencadangkan kompaun diperkenalkan dan wang yang dikutip daripada pencatutan digunakan untuk mendidik pengguna.

Perniagaan yang terbabit dalam pencatutan juga perlu membuat permintaan maaf kepada orang ramai atas kesilapan mereka, tambahnya. – BERNAMA

Tags: Cukai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

31/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah membincangkan cadangan pengenalan cukai langganan ChatGPT seperti diperkatakan di media sosial, kata Menteri Komunikasi,...

Kalau Tak Bayar Cukai, Geledah Dan Ambil Tindakan – PM

Kalau Tak Bayar Cukai, Geledah Dan Ambil Tindakan – PM

01/03/2024
131

CYBERJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) perlu terus bersikap tegas dan berani dalam 'memburu' pembayar cukai yang culas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd