• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Kebakaran Semporna Terus Dibantu

oleh
05/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Walaupun sudah masuk hari keenam kejadian kebakaran di Kampung Air Hujung di sini, namun pelbagai jabatan dan agensi kerajaan terus berkampung di kawasan tersebut bagi memberikan pelbagai bentuk bantuan kepada mangsa yang kini ditempatkan sementara di Dewan Belia dan Sukan di sini.

Ini termasuklah kakitangan Kementerian Kesihatan yang terus memantau dan menjaga aspek kesihatan di kalangan mangsa terbabit.

Pegawai Kesihatan Daerah Semporna, Dr Shameer Khan Sulaiman berkata 12 kakitangannya ditempatkan di pusat penempatan sementara dan bertugas mengikut pecahan pasukan iaitu bahagian perubatan, unit kawalan penyakit berjangkit (CDC) serta unit keselamatan kualiti makanan.

“Terdapat empat ibu mengandung yang dipantau bahagian perubatan selain memberikan imunisasi dan ubat cacing kepada sembilan kanak-kanak serta rawatan kesihatan kepada 89 orang mangsa yang lain.

“Kita juga memastikan makanan dimasak atau didermakan kepada mangsa sentiasa diperiksa untuk mengelakkan keracunan makanan di kalangan mangsa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya unit CDC bertanggungjawab membasmi jangkitan termasuk kawasan tandas dan satu unit pasukan vektor yang melakukan aktiviti kawalan denggi di sekitar pusat penempatan.

Selain itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerusi Unit Khas Bergerak turut turun padang ke pusat penempatan sementara sebagai pemudah cara kepada mangsa kebakaran membuat laporan sekali gus permohonan semula sijil lahir, kad pengenalan serta MyKid yang musnah dalam kebakaran.

Penolong Pegawai Pendaftaran (Unit Khas Bergerak), Mohd Khajura Faiz Abdul Rashid ketika ditemui berkata terdapat lima permohonan untuk sijil lahir, Mykid (tiga) serta kad pengenalan (lima).

Pada 31 Julai lepas, seramai 1,087 mangsa melibatkan 105 rumah direkodkan terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampung Air Hujung Semporna. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd