• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Miliki Sistem Perundangan Luas Tangani Salah Guna Internet

oleh Cj Mnh
01/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia memiliki sistem perundangan yang luas untuk menangani isu-isu negatif yang timbul susulan peningkatan penggunaan Internet di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata selain peraturan di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang mengendalikan pelbagai aduan penyalahgunaan Internet, undang-undang lain seperti Kanun Keseksaan turut mempunyai seksyen-seksyen yang terperinci untuk menangani masalah tersebut.

“Kita ada agensi-agensi yang melaksanakan undang-undang sedia ada sekiranya ada aduan berkenaan penyalahgunaan kuasa misalnya SKMM ada bidang kuasa untuk menyiasat aduan-aduan. Kita sering terima macam-macam aduan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Paser Puteh) mengenai sama ada kerajaan berhasrat merangka dasar untuk menangani isu-isu negatif yang timbul akibat perluasan perkhidmatan Internet.

Menjawab soalan asal Nik Muhammad Zawawi berkenaan cadangan memperluas zon Wi-fi percuma di seluruh Malaysia oleh kerajaan, Gobind berkata kerajaan pusat bersedia menyelaras atau membantu pihak pembekal perkhidmatan telekomunikasi dan pemilik premis perniagaan atau zon tertentu seperti hotel dalam usaha berkenaan.

Mengulas lanjut, Gobind berkata kementeriannya melalui SKMM telah melaksanakan inisiatif Wi-fi percuma iaitu Program Wifi Komuniti bertujuan merapatkan jurang telekomunikasi antara kawasan bandar dan luar bandar.

Katanya program berkenaan menyediakan capaian Internet asas menerusi ‘Wi-fi hotspots’ di kawasan kurang liputan perkhidmatan di seluruh negara yang diperkenalkan pada 2011. – BERNAMA

Tags: internetperundangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd