• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Mesti Lebih Bijak Tangani Hubungan Dengan China

oleh Haris
08/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAKATAN Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14 lalu dengan kempen isu penguasaan ekonomi dan politik China ke atas Malaysia.

China dijadikan momokan sepanjang tempoh Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri.

Mesej untuk menghentikan projek mega China disampaikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Amerika Syarikat menjelang hari pilihan raya.

Selepas menang, Mahathir sebagai perdana menteri melawat Jepun, menjadikan pesaing China itu sebagai destinasi pertama.

Memang Putrajaya tidak terus menolak China, tetapi ada harga yang perlu dibayar dalam proses tarik tali ini.

China ialah pasaran minyak sawit yang besar bagi Malaysia, dan sumber import dan pelaburan yang juga signifikan.

Malaysia juga destinasi pelancongan yang popular bagi pelancong China.

Ini bermakna tidak boleh tidak China ialah negara yang mesti diberi layanan sewajarnya, dan tidak dipandang rendah.

Lawatan perdana menteri ke China nanti mungkin boleh memulihkan semula hubungan dan perdagangan, tetapi Malaysia di bawah PH bukan lagi Malaysia semasa di bawah Najib.

Sebagai negara yang penting di laluan laut barat ke timur, Malaysia masih boleh tawar-menawar dengan China, tetapi sikap kerajaan baharu akan sentiasa memberi kesan dalam hubungan dua hala.

Malaysia sudah menunjukkan hubungan lebih baik dengan Jepun dan Amerika Syarikat, dan China sedar kecederungan baharu Malaysia ini.

Kuala Lumpur baru-baru ini terlibat dalam perbincangan projek pembangunan tajaan AS untuk bersaing dengan projek pembangunan infrastruktur China.

Ini satu lagi perkembangan yang menunjukkan kerjasama lebih baik antara Malaysia dengan Amerika Syarikat.

Selain itu, Mahathir juga mengumumkan kerjasama dengan syarikat kereta Jepun untuk menggerakkan projek kereta nasional ketiganya.

Projek ini akan menjadi pesaing utama kepada Proton yang kini di bawah syarikat automobil China, Geely.

Dalam hal ini, Mahathir telah melakukan dua tindakan yang merugikan China, yakni menyekat projek infrastruktur pengangkutan awam dilabur China, dan kemudian mewujudkan pesaing bagi syarikat kereta yang dimiliki China.

AS telah meningkatkan tekanan ke atas China melalui isu perdagangan, dan suasana hangat ini tidak akan berakhir mahupun reda dalam masa yang singkat.

Malaysia mendakwa boleh mendapat manfaat daripadanya, tetapi Malaysia juga akan terpaksa mengimbangi pelbagai isu pertikaian lain yang melibatkan politik.

AS memerhatikan perkembangan China di Laut China Selatan dan seluruh rantau Pasifik, dan menggunakan hubungannya dengan negara-negara di rantau ini dalam persaingannya dengan China.

Perkembangan inilah yang sedang berlaku di rantau ini, menuntut kepimpinan yang lebih bijak menanganinya agar tidak merugikan negara. – Mynewshub.tv

Tags: Chinalaut china selatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perginya Pejuang Dasar Pengiklanan Negara

Next Post

Siapa Wakil Masyarakat India Muslim Dalam PH?

Related Posts

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

05/06/2025
0

Butterworth: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik (vape) dan 996.5 liter cecair bernilai lebih RM5.14...

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Next Post

Siapa Wakil Masyarakat India Muslim Dalam PH?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd